August 26, 2011

Kawan.

Ce tengok video ni dulu :)

Okay dah tengok?

Aku post benda ni pun bukan sebab orang yang dalam video tu ialah Zahiril Adzim ataupun Daim ataupun sebab dia artis. Screw all that dia pun human being. Tapi sebab kata-kata dia. 
Tanpa kawan saya akan meninggal. Kawan tu tengok kawan yang macam mana. Ada kawan yang kita sendiri yang meletakkan kawan kita ni sebagai kawan sebab kita je yang melalui pengalaman dengan kawan-kawan kita tu. Kita ada kawan yang kita jauh macam mana dengan dia pun; tak contact 2 bulan 3 bulan 4 bulan pun, tapi kita tahu bila kita dengan dia, bila kita jumpa balik, akan tak de masalah. Itu kawan yang dah touch kita punya soul yang dipanggil soulmate... Kita tahu, eventhough kalau orang bercerita buruk pasal kawan kita pun, kita tahu benda tu tak betul. Sebab kita dah kenal (kawan kita tu) daripada orang yang bercerita tu. Itulah kawan yang dah touch kita punya soul. Dan ada kawan yang kita lepak-lepak, yang kita tahu bila senangnya diorang ada tapi bila susah hilang dan sebagainya.
Memang betul apa yang dia cakap. Sometime, kawan yang membentuk kita. Macam mana bentuk kawan tu, macam itulah kita. Mak aku selalu pesan, pilih kawan tu biar yang betul-betul. Yelah, mak mana yang tak sayang anak. Takkan nak tengok anak rosak kerana rakan-rakannya yang dah rosak, kan? For me, actually, kalau kita pandai jaga diri, kita takkan 'rosak' seperti yang orang-orang yang suka menuding keliling.

Kawan yang macam soulmate tu, memang susah nak dapat. Kadang-kadang ambil masa. Mungkin kadang-kadang juga sampai mati pun kita tak jumpa. Itu kemungkinan besar sebab kita tak suka berkawan. Anyway, tak kiralah jenis macam mana kawan pun yang kita ada, mesti kena selalu ingat, yang baik tu jadikan sempadan dan yang buruk tu buat pengajaran. Walau macam mana pun hancur berkecai jatuh tersadung menjunam jauh ke dalam tanah sekalipun kita jatuh sebab kawan kita yang kita anggap kawan tu, life must go on. Jangan sebab dia kita cakap yang hidup kita merana, jangan menangis pun sebab kejahatan dia, sebab dia adalah orang yang paling rugi ada kehidupan yang menghancurkan kehidupan orang lain. Sebab tu lah ada pepatah kata, kawan biar beribu, sebab kalau hilang 1 kita mungkin ada 999 orang lagi. So why wasting time cries about a bitch?