March 11, 2012

I don't.

I don't ever dream about you and me, 

I don't ever make up stuff about us,

That would be considered insanity. 

I don't ever drive by your house, 

To see if you're in. 

I don't even have an opinion, 

On that tramp that you are still seeing. 

I don't know your timetable, 

I don't know your face off by heart, 

But I must admit that there's still a part of me, 

That thinks we might get on.
- Kate Nash. 



March 4, 2012

Mr. Morris Lessmore dan Buku Terbang.

Pernah tak korang terfikir macam mana kalau semua benda bukan hidup kat dunia ni, ada kaki dan tangan, ada perasaan, ada akal. Macam mana kalau katil yang korang selalu tidur tu, sebenarnya boleh makan korang sewaktu korang tidur, telan, gigit, kunyah, darah bersepah atas tilam, spring sebagai gigi yang berpusing-pusing dan kenyal tu mencucuk-cucuk korang sampai terpancut-pancut darah. Macam mana kalau kasut tu ada kaki dan kaki dia memakai another kasut dan kaki kepada kasut tersebut memakai kasut tapi kasut tu juga ada kaki. Macam mana plak kalau kipas ceiling korang bernyawa? Bila korang switch terlalu laju, dia akan berpeluh macam manusia yang berlari, bila korang tinggal je kipas tu terpasang maknanya samalah macam korang sedang dalam percubaan membunuh kipas tersebut. 

Apa yang aku cuba nak sampaikan ini ialah, sila tonton video di bawah:


Jadi, nampak tak konsepnya di situ? Samalah macam buku. Buku tu seolah-olah memberi warna kepada manusia, kepada kehidupan manusia. Siapalah kita tanpa buku atau lebih tepat siapalah kita tanpa ilmu.
Samalah macam memori. Memori tu akan lenyap, tak kira lambat atau cepat. Sebab perkara yang bukan kita buat secara kerap akan kekal hanya sekejap dalam otak kita. Contohnya, childhood memories. Adakah kita akan ingat semua benda gila yang kita buat masa kecil dulu? Adakah kita ingat, how we were running free? Kawan-kawan kita, apa yang kita buat dengan mereka. Bukan semuanya kita akan ingat especially cita-cita kita, setiap apa perkataan yang kita luahkan yang pernah menjadi kebanggaan kita dulu. So here i can honestly say that, hanya buku je yang boleh kembalikan memori kita yang hilang. Bila kita baca satu atau dua sentence yang membawa kita kembali kepada memory kita dulu, kepada perkataan kita, azam kita. Mungkin aku je, mungkin bukan orang lain, mungkin seseorang. We will never knew until we read. Aku menyarankan di sini bahawa marilah membaca. 

“A room without books is like a body without a soul.” 
― Marcus Tullius Cicero

March 3, 2012

Panic-struck.

Pernah tak korang rasa jantung korang macam nak meletup? Rasa korang bernafas, tapi macam korang dibekalkan udara yang sikit? Termengah-mengah. Pernah tak korang rasa jantung korang berdegup macam baru lepas berlari dengan sekuat hati kemudian korang berhenti secara mengejut? Ataupun korang terkunci mata dengan crush korang. Ataupun korang ditangkap sebab buat salah. Ataupun korang nak terjatuh daripada kerusi, atau meja, atau tempat yang tinggi. Korang rasa tak macam mana lajunya degupan atau kuatnya degupan jantung korang masa tu? Korang sendiri tertanya-tanya macam mana kalau orang boleh dengar bunyik jantung korang, lagi-lagi kalau situasi tu dengan crush korang. Macam mana kalau dia dengar? Macam mana kalau kantoi? Tapi aku bukan nak cakap pasal crush kat sini. So, macam tu lah aku rasa bila bas dari kolej ke kampus sarat dengan penumpang dan aku salah seorang daripada mereka. Macam tu lah aku rasa bila lif penuh dengan manusia. Dan macam tu lah aku rasa bila aku keseorangan di tengah-tengah pasar malam, malam sabtu.
crowd; which is... Damn, tak dapat lah join concert Owl City.

Dulu, aku pernah ditinggalkan oleh mak dan abah di kampung, bersama kakak dan adik aku. Mungkin sebab aku nakal, mungkin sebab kami nakal. Mungkin sebab abah ada kerja atau urusan yang perlu dilakukan. Kenapa mungkin? Sebab masa tu aku pun belum layak lagi ke tadika. Semuanya samar-samar. Jadi dalam masa kami ditinggalkan tu, aku, kakak dan paksu; ye pak su, dia baru masuk tadika masa tu jadi aku sepatutnya lebih kurang tiga tahun atau empat, kami bermain bersama seperti kanak-kanak sebaya kami bermain bersama. Pak Su aku lebih rapat dengan kakak aku yang mempunyai beza setahun daripada aku. Pada masa tu mereka sangka mereka dah sangat besar jadi aku sering dipinggirkan. Dan aku juga ada ego aku sendiri, takkan aku nak main dengan adik aku kot. Jadi aku sentiasa cuba mendekatkan diri dengan kakak dan pak su aku. Adalah lebih malang apabila mereka tidak menjauhi aku malah lebih kerap mengusik dan membahan aku. Aku tak ingat apa yang mereka kutukkan tapi memang agak burn jugak ah masa tu.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk lari daripada mereka akibat kutukan yang maha durjana disembur terhadapku. Aku menyorok dalam bilik. Biasalah bebudak, nyorok ah lepas kena buli. Dan aku membuat keputusan yang agak kurang cerdik bila aku mengunci bilik tersebut. Jadi mereka berdua terus menerus mengejek dan mengutuk dan membahan aku dari luar malah lebih buruk lagi memberitahu Wan bahawa aku mengunci bilik. Dasar reporter. Pada mulanya Wan suruh aku bukak pintu. Biasalah kan kalau ada budak kecik tetiba kunci pintu tah-tah dia tahu kunci je tak tahu bukak ke apa ke kan? Tapi aku berdegil tak nak bukak. Sebab nada Wan macam marah je kat aku. Perkara tersebut bertambah buruk apabila Wan report plak dekat Tok Bah dimana Tok Bah aku pula adalah seorang bekas askar. Boleh faham tak, bekas askar? Jadi dia mengetuk pintu tersebut bagai nak runtuh satu rumah dan memekik-mekik. Aku adalah sangat cuak masa tu sampai menangis. Menangis siap boleh tidur plak dalam tu. Agak lama lah jugak aku duduk dalam bilik tu mengenang nasib dan menangis dan akhirnya aku keluar sendiri lepas keadaan kembali tenang. Dan aku terus sambung menangis.

Tak lah aku tahu sama ada itu punca kepada apa yang berlaku kepada aku sekarang ni ataupun sebaliknya. Tak lah aku tahu adakah aku mengalami trauma atas perbuatan sendiri. Kalau ye pun, kenapa sekarang? Kenapa bukan sebelum-sebelum ni? Benda ni kerap kali terjadi. Mungkin aku patut pergi jumpa psychologist dan dapatkan khidmat nasihat. Mungkin juga benda ni hanya khayalan atau perasaan yang aku terbawak-bawak daripada movies and stuff. Atau mungkin aku yang terlalu risau.Walhal risau itu juga adalah salah satu penyakit. Aku tahu pun daripada wikipedia dimana aku searched apa itu claustrophobia, panic attack, panic disorder and so on. Jadi, aku tak tahu kalau setakat bergantung pada satu sumber. Kalau ye pun ada, kalaulah. Mintak-mintak tak la, maybe it will heal sendiri one day. Maybe it will become worst.