May 30, 2013

Buntu.

Perjalanan hari-hari aku terasa amat lambat. Banyak masa-masa aku dihabiskan dengan twitter sampai lebam, scroll timeline yang tak sudah dengan kata-kata di mana semua orang cuba untuk tidak berhenti bercakap dan yang tinggal hanyalah orang-orang seperti aku, yang cuba membunuh masa dengan membaca bullshit.

Ada masanya aku cuba buat drawing, draw benda-benda merepek, bentuk-bentuk yang secara mayanya sangat berbeza dengan realiti.

Aku bosan. Sehingga kadang-kadang aku berharap dapat skip all these days and months, so that when I blink, it is already September.

May 22, 2013

Tragedy.

Saat itu apabila mata kau terkatup dan kau hanya mampu berkata, 'apa yang jadi lepas ni, jadilah.'

Like you're giving up your life.

And when you opened up your eyes, on the spur of the moment, you were back in reality and you cried as much as you can unrealized whether you were grateful  because you've came back or terribled that you didn't leave.

May 19, 2013

Masa.

Ada masanya, aku rasa seperti aku terlalu kejam dengan diri sendiri. Membiarkan soalan-soalan yang tegar jawapan, lenyap searus detik.

Ada masanya, aku menanam fikiran-fikiran positif pada perkara yang dah nampak pokok pangkalnya.

Ada masanya, aku rasa mempercayai kau adalah bodoh.

Ada masanya, aku rasa manusia memerlukan lebih masa dan peluang.

Dan akan ada masa nanti, aku berjalan pergi, jauh dari kau.
Jauh dari dunia yang dipanggil 'kita'.

May 18, 2013

Perihal kucing.

Dalam rumah ni, ada seekor ibu kucing. Kami tak pernah bercadang untuk membela kucing. Tak pernah. Sampai la suatu hari ni bila datang seekor kucing yang kerap kali keluar masuk rumah. Seekor tortoiseshell. Mak tak suka nak bela binatang. Mungkin kerana tanggungjawab dirumah membuatkan mak tak mampu untuk memberi perhatian kepada mereka.

Dulu kami pernah membela seekor kucing sewaktu di Johor. Waktu tu aku berumur 3-4 tahun, waktu paling teringin untuk memiliki seekor binatang peliharaan. Seekor kucing berbulu oren dan berekor panjang. Kemana sahaja kami pergi, kami bawa ia bersama anak-anaknya. Terutamanya ke kampung. Tapi itu kisah lama. Aku pun tak tahu apa jadi pada kucing tu. Atau aku lupa? Dan itu adalah kucing terakhir belaan kami.

Dan semenjak aku balik dari utm, akulah yang memberi kucing ini makan. Kadang-kadang mak yang bagi. Pernah suatu ketika, aku teringin nak beli makanan kucing tapi dilarang adik aku. Entah. Aku pun tak beli. Aku bagi je lebihan makanan pada kucing tersebut. Sampai sekarang ia tak bernama. Dan tak sangka, ia bunting.

Setengah daripada aku berharap, agar dia tak melahirkan anak-anaknya di sini. Setengah daripada aku berharap aku lah orang pertama yang dapat melihat anak-anaknya. Kadang-kadang aku kesian tengok ibu kucing ni. Tapi, tiada siapa punya hidup yang sempurna.

Perutnya pun dah semakin membesar. Aku cuma berharap tiada satu pun daripada yang dikandungnya mati. Moga-moga.

May 15, 2013

Of hipster.

There is this term that I don't understand. Hipster.

Does smoking make you a hipster? And and taking drugs? Cause yanno what, i'm sick of how they labelled persons fallaciously with that.

A smoker is just smoker. Especially a she. I don't have problems with smokers tho after all, we're all destroying ourselves sanely or unconscious. It's just that we don't know when is the exact time that we're gonna leave this world, and who's gotta be the first one.

May 11, 2013

Out of topic, again.

Dan seminggu yang penuh dan tersangat penuh…

Selalunya aku pasti akan merungut akan hari-hari aku yang tidak produktif dan membosankan, dan tiba suatu masa yang sehingga aku rasakan badan tak cukup rehat dan bakal rebah pada bila-bila masa, barulah aku merasakan betapa produktifnya hari aku.

"Tidur itu Sarah, sifatnya memang tak akan pernah cukup." Kata adik aku sewaktu aku merungut tentang betapa tidak puasnya aku tidur.

Benar kata dia, semakin kita membesar, semakin kita kerap tidur. Kerana tidur itu lebih indah daripada berhadapan dengan dunia yang kita tak tahu kebenarannya. Kadang-kadang aku rasa, biarlah ditipu dengan kehidupan dan tahu atas fakta telah ditipu, daripada tak tahu kesahihan sesuatu kebenaran.