Dulu, aku pernah belajar dalam subject Etika Professional, yang manusia ni bertindak mengikut peringkat-peringkat. Di mana waktu dia dekat peringkat pertama, dia akan turut apa sahaja yang orang suruh kerana takut akan hukuman. Peringkat kedua pulak, dia menurut jugak tapi dia dah boleh berfikir dan mula melanggar hukum-hukum atau buat tak tahu dengan peraturan dan undang-undang. Tapi bila sampai tahap ketiga, manusia akan mula menyangkal segala apa yang boleh. Cuba untuk menegakkan idea-idea mereka sendiri, cuba untuk memperjuang dan mempersoal segala macam benda dengan tidak mengambil kira dengan segala apa yang pernah dia takutkan dulu. Tapi bila dia dalam peringkat yang keempat, dia akan mula memahami sedikit demi sedikit, ego dia akan mula jatuh tunduk dan dia akan mula menerima kehidupan, mengambil kira akal dan behavior manusia sekeliling. Dia mula menerima dirinya dan kehidupannya. Sebab dia tahu, dia tak kuat. Dia akan mati akhirnya.
Aku sekarang berada pada stage ketiga. Bila ego dan emosi mula merajai diri. Sampai kadang-kadang, aku takut, nak menghadapi diri sendiri.
Tuhan, tolong aku.
Sebati.
Seandainya sekeping hati itu, terlalu kerap dilukai, adakah ia akan mati? Mati seperti anak kecil yang acapkali dipukul? Mati seperti pokok yang sering ditoreh?
Aku tanya diri aku.
Aku nampak jawapannya satu.
Jangan ada hati, kalau tak nak disakiti.
Hati tak akan mungkin mati, selagi jasad dan jiwa masih sebati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
no
on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...
-
I'd be lying if i say I don't miss you at all. The pleasure of keeping it all inside and prove how concrete I'd be, the idea to ...
-
Wow, havent been on this blog for too long. Nothing much. Not like someone's reading this though tbh. Changed status this year to anoth...
