May 9, 2012

Rage.

Hai. Setelah sekian lamannya tak mengapdet blog, akhirnya blog ni terapdet gak. Aku sendiri pun ingatkan aku dah berenti nak mengapdet benda alah ni.

Ekceli, sebab asbabnya aku menaip ni adalah selalu di laman laman twitter dan facebook, orang duk mengapdet status mengatakan rindu zaman sekolah bagai, sampai aku sendiri pun naik rimas. Yes, ikr. lantak diorang la nak rindu ke hapa tu derang la punya pasal. Memang la kan, tapi yang pergi spam with shitloads of statuses kat news feed ngan timeline tu dah kenapa? Kang unfriend kang tunjuk muncung sedepa plak.

Pada aku, zaman tu semua dah lepas. Walau camane pun kau nak merabak, meroyan segala, memang tak dapat la nak patah balik zaman tu. Baik lupakan je. Serious. Buat apa menyusahkan diri nak ingat. Lagipun aku tak nak mengadap SPM tu lagi sekali. Even SPM aku takdelah yang terbaik. Sampai kadang-kadang aku rasa tah pape tah amek SPM, especially study chem, last-last amek electrical engineering, satu pun takde pasal Chemistry. Serius tah pape.

[gambar tiada kena mengena. Teehee.]

Kesimpulannya, lupakan je la zaman sekolah tu. Banyak lagi yang korang boleh buat daripada duk teringat zaman kebudak-budakkan korang tu. Hentikanla berangan pasal time machine or time controller ke apa-apa lah sebab benda tu memang takkan wujud. We live in reality, so be realistic dude.