September 15, 2012

Mangsa.

Kita adalah mangsa.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat DBP, mangsa adalah:
1. binatang yg menjadi korban (ma­kanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu mangsanya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, peni­puan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi mangsa ke-bakaran itu; mereka berdua ialah mangsa Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (se­suatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar mangsa manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: mangsa jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis pemangsa.
Menurut poin kedua, orang yang menjadi korban kemalangan. Kita adalah korban. Korban kepada manusia pencinta dunia. Mangsa pada setiap keadaan yang dicipta, direka oleh manusia durjana.

Kita adalah mangsa kepada sistem.

Pasti, akan ada yang menyangkal. Kerana sistem, sifatnya adalah untuk memudahkan manusia. Itu katanya. Dan sistem sifatnya juga bisa membebankan manusia. Kenapa? Tak puas hati?

Cuba perhatikan, sebuah dunia yang tiada sistem. Pasti, porak peranda. Alam semesta juga dicipta bersistem. Manusia itu sendiri adalah sistem. Diberi otak yang berakal, diberi tangan yang bisa menyentuh, diberi hati yang bisa merasa. Darah mengalir mengikut sistem saluran darah. Kita, adalah sistem. Sistem yang sempurna. Semua orang tahu akan itu. Even aku yang tak ambil biology pun tahu. It's a basic structure of human engineering.

Setiap insan merasa keadaan itu, keadaan menjadi mangsa. Seperti, keadaan terpaksa melakukan sesuatu bukan dengan kehendak kerelaan hati. Terasa terpaksa. Bebanan. Mangsa. Tapi berlainan bila kita merelakan keadaan itu, dalam kata lain ikhlas. Kita bukan mangsa, malah kita adalah raja.

Seperti apa yang Paolo Coelho pernah nyatakan, 'If you act like a victim, you're likely to be treated as one.'

Jadi, jadi lah seorang raja. Ikhlaskan hati. Dan niatkan dalam hati, setiap apa yang kita lakukan hari ini dan hari mendatang, adalah ibadah. Tiada apa yang sukar, jalan yang sudah terpapar, bukan untuk kita perhati jauh dari dalam sangkar.
Setiap pekerjaan adalah ibadat. Apa pun yang kita lakukan, biarlah ke jalan Allah Ta'ala.
Z.A , BMT

p.s: selamat menjadi raja kepada final exam, student diploma dalam negara.

September 8, 2012

Pilihan.

September menjengah lagi. September yang ke duapuluh mungkin. Mungkin September yang terakhir. Ah, pedulikan. Aku bukan nak berhikayat tentang September yang datang dan pergi.


Aku benci pada pilihan. Pada perkara yang perlu dipilih. Yang akan membawa kau ke suatu jalan yang lain. Macam mana, hanya dengan satu pilihan boleh membawa kepada satu jalan cerita atau arah yang sangat lain? Oleh dua lorong yang terpisah membawa kepada dua pengakhiran yang berbeza? Perbezaan yang total.

Ajaib.

Tapi itu yang berlaku. Aku membayangkan kehidupan tanpa perlu ada pilihan. Semuanya telah ditentukan. Bak puteri. Yang hidupnya bangun pagi, sarapan telah disediakan tanpa perlu dia memilih atau berfikir apa santapannya pada pagi itu, busana yang telah ditentukan dan hanya perlu dipakai, dan jadual-jadual harian yang telah disediakan hanya perlu dilaksanakan. Dan ia berputar, pada putaran yang sama. Indah.

Lalu akan ada yang menyangkal. Takkan selamanya kau nak hidup seperti robot? Yang hanya mengikut pada telunjuk, mematuh pada yang disuruh? Kehidupan adalah kebebasan. Kebebasan memilih.

Kalau memilih pada kesilapan, kenapa susahkan jiwa untuk buat pilihan?

Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Aku takut pada pengakhiran. Pengakhiran adalah kematian. Dan kematian bukan pilihan. Dan aku bukan berkata tentang kematian, tetapi pengakhiran kepada kesilapan. Kesilapan membuat pilihan. Gagal. Keputusan bukan seperti yang diharapkan.

Aku fikir, jika tiada pilihan, maka tidak akan ada keputusan, dan tidak akan ada kesilapan. Ah, sulit. Aku mahu bermimpi lagi.