January 19, 2013

Siapa kau?

Pagi itu aku bangun tepat jam 7.33 pagi.
Bangsat. Aku lewat lagi.

Bangkit melebihi jam 7 adalah lewat pada perkiraan aku, walaupun pada hujung minggu.

Lambat-lambat aku meleretkan kaki ke bilik air. Aku tenung cermin 48 inch yang terlekat pada dinding berjubin bilik air kami, dengan dahi separuh berkerut. Aku tenung lama-lama wajah insan dihadapan aku.

'Siapa kau?'

Aku berkerut lagi. Musykil. Apa yang aku lihat adalah wajah seseorang yang sesat, yang hilang, yang helpless, yang hopeless. Dia perlu bantuan tapi dia sendiri tak mahu tolong diri dia sendiri, terus terus melayan perasaan. Rasa yang tak sepatutnya dia rasa sampai dia tiba ke tempat yang tak sepatutnya dia tiba. Hampir separuh jalan dah dia tempuh. Belum terlambat lagi untuk dia pulang. Tapi aku tahu, perjalanan dia sedikit sebanyak telah merubah diri dia sendiri. Aku mahu dia yang dulu. Aku rindu pada dirinya yang dulu.

'Mana kau?'
'Tolonglah. Pulang.'

January 18, 2013

That's it. I've changed. End of story.

January 1, 2013

I'm gonna get fixed, eventually.

Apa yang sedang aku lakukan adalah lari. Berlari daripada semua orang. Terutamanya mereka. Mereka yang pernah hadir dan pada perkiraan aku, masih hadir disisi.

Dan fakta yang mengambil masa selamanya untuk aku hadam adalah tiada daripada mereka yang akan cuba mencari. Masing masing terlalu sibuk menjaga hati
masing masing. Aku sepatutnya lebih sedar dari awal.

Kadang kadang, aku salahkan diri sendiri menjebakkan diri dalam kancah yang dulunya aku tak pernah kisah. Dan aku sangat, sangat, teramat sangat nak lari dari diri sendiri.

Apa yang berlaku.

Apa yang berlaku pada malam tahun baru adalah aku sendiri tidak menyambut tahun baru. Untuk apa?

Aku tidur awal dan bangun awal seperti hari hari biasa. Dan aku rasa it's a common thing to me that I don't celebrate new year eve. Same goes to national day and birthdays.

Sekurang-kurangnya aku dah skipped all the bullshits people had done to my timeline and dashboard and newsfeed. Sebab aku sendiri tahu yang malam tahun baru aku akan dihabiskan menelaah timeline.

Dan aku tak nampak rasional menyambut perayaan itu ini kecuali kau merayakan kejayaan kau. Itu adalah something.