Siapa kau?

Pagi itu aku bangun tepat jam 7.33 pagi.
Bangsat. Aku lewat lagi.

Bangkit melebihi jam 7 adalah lewat pada perkiraan aku, walaupun pada hujung minggu.

Lambat-lambat aku meleretkan kaki ke bilik air. Aku tenung cermin 48 inch yang terlekat pada dinding berjubin bilik air kami, dengan dahi separuh berkerut. Aku tenung lama-lama wajah insan dihadapan aku.

'Siapa kau?'

Aku berkerut lagi. Musykil. Apa yang aku lihat adalah wajah seseorang yang sesat, yang hilang, yang helpless, yang hopeless. Dia perlu bantuan tapi dia sendiri tak mahu tolong diri dia sendiri, terus terus melayan perasaan. Rasa yang tak sepatutnya dia rasa sampai dia tiba ke tempat yang tak sepatutnya dia tiba. Hampir separuh jalan dah dia tempuh. Belum terlambat lagi untuk dia pulang. Tapi aku tahu, perjalanan dia sedikit sebanyak telah merubah diri dia sendiri. Aku mahu dia yang dulu. Aku rindu pada dirinya yang dulu.

'Mana kau?'
'Tolonglah. Pulang.'

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...