September 6, 2011

Kejayaan, impian dan matlamat.

Aku sebenarnya bukan rajin sangat pun nak update blog ni. Bila aku rasa ada something yang betul-betul, yang memang patut aku merepek kat sini, baru aku share. Aku pun tak tahu lah acane diorang-diorang tu boleh update like every hour lah kan macam banyak gila yang dey’ll nak share. *tangan di dada mata ke atas*

Anyway, aku ada banyak lagi buku on list yang nak kena habiskan including buku-buku yang nak kena buat revision and stuffs. Iye lah kan, final pun dah dekat. Dah terasa tersekat-sekat nak bernafas. Dah terasa kejang-kejang anggota badan nak bergerak. Dah terasa bengkak-bengkak mata nak tahan tidur.

Uhhmm by the way, bukanlah nak cakap apa tapi actually kita study ni sebenarnya bukanlah sebab final. Bukanlah sebab kita nak berjaya. “Kejayaan tu sebenarnya bukanlah matlamat tapi impian. Hidup kalau berjaya tapi tak bahagia, tak guna.” Kawan aku pernah cakap macam tu kat aku. Sebenarnya apa yang buatkan kita fikir kejayaan itu adalah matlamat adalah dari propaganda barat tu sendiri. Kalau kita tengok sendiri dulu zaman Rasulullah, sahabat-sahabat baginda, mana ada belajar sebab nak duit, sebab nak berjaya. Ada? Dey’ll belajar sebab ilmu tu, macam mana ilmu tu sangat dipandang tinggi dan kena ada minat.

Tapi bila kapitalis-kapitalis mula berkuasa dan duit dijadikan sebagai punca hidup, manusia mula kejar impian nak jadi orang terkaya, terkenal, terhormat, tersegalanya lah kalau boleh, dan seterusnya meletakkan impian tu sebagai matlamat. Impian nak jadi kaya bertukar menjadi matlamat nak jadi kaya. Matlamat ni kalau tanpa plan yang betul, cara yang salah pun boleh jadi betul. Misalnya, matlamat nak jadikan Negara kaya dengan cara mengebom Negara orang dan ambil minyak secara haram di Negara orang. Matlamat dah betul, caranya pulak salah.

Jadi, dalam kita mencapai sesuatu adalah lebih baik untuk kita tahu mana satu yang patut dijadikan matlamat dan mana satu yang patut dijadikan impian. Cliché kita maklum “Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.” Rezeki, kekayaan, kejayaan, kehidupan tu semua boleh hilang dalam sekelip mata je. Kita tak boleh tak nak fikir semua ni, tak nak ambil tahu pun. TAK BOLEH sebab benda ni semua akan jadi.

Berbalik pasal study, walaupun kita cakap kita ni terpaksa belajar, atau kita tak suka dengan apa yang kita belajar sebab kita ambil course tu pun sebab mak ayah kita suruh, belajar je lah. Belajar selagi mampu. Sebab dekat luar sana ramai lagi yang nak melangkah kaki keluar rumah untuk menuntut ilmu pun terpaksa bertarung nyawa dengan machine gun, short gun segala. Ingat, belajar pun dapat pahala. Betapa orang yang mati semasa dia sedang menuntut ilmu itu termasuk dalam golongan mati syahid. Tak nak ke mati syahid?

p/s: agak-agak boleh la lepas ni aku masuk group blog diskopi hahakz *tangan di dada mata ke atas*