July 30, 2011

Jalan raya.

Aku meniti line pada jalan raya. Putih. Sekali-sekali membengkok, ke kiri, ke kanan. Sekali-sekali, terpisah dua, berpisah, ikut jalan tar. Orang kata, follow with the flow.

Aku berfikir.

Baca tulisan Hlovate, tak pernah tak buat aku tak berfikir. Inspired and genius. Aku suka.

Apa yang aku nak dalam hidup aku sebenarnya ni? Despite study, career, money and family. It's anomaly lah religious people said, 'mencari taqwa Allah'. It ain't that easy. I know right. Dalam mencari taqwa Allah, bukannya simply meaning, simply ingat akhirat tapi dunia kau tunggang terbalik. Rasul Allah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang har-hari hidupnya adalah sama (dalam mencapai sesuatu) tergolong dalam kalangan mereka yang tewas." Aku tak nak macam tu. Aku tak nak tewas.

Perjalanan hidup ni semua dah disusun. Dah disusun. Cuma kita, kita yang diuji hanya perlu memilih apa sebenarnya yang kita nak pada penghujung cerita. Cerita kita, kita yang pilih jalan. Kita hero/heroin. Despite ada pelakon-pelakon tambahan dalam cerita kita nak spice up sikit.  Mereka, pelakon tambahan pun, ada cerita mereka sendiri. Tak ada cerita yang hanya menampilkan seorang hero/heroin dengan hanya satu skrip, satu jalan cerita, satu tempat, satu situasi. Gila namanya tu.

Aku still mencari-cari nikmat hidup. Nikmat hidup mungkin, kalau bukan pun, mungkin sesuatu yang aku dapat belajar. Sesuatu yang aku dapat lakar dalam minda, 'Aku tahu apa yang aku nak selama ni.' Itu yang aku cari.


Hidup terkapai-kapai, dunia tanpa tujuan. Matlamat tak tergapai, kebahagiaan jadi impian.

July 23, 2011

Kadang-kadang.

Kadang-kadang aku rasa aku nak lari.
Lari pergi mana?
Entah.
Tiada hala tuju.

Kadang-kadang kalau naik tren, aku harap tren tu takkan berhenti.
Terus bergerak ke infiniti.

Kadang-kadang aku harap aku tak boleh bercakap jadi tiada orang nak benci dengan mulut celaka aku.

Kadang-kadang aku minta orang faham aku.
Tapi aku tahu, permintaan itu sangat tinggi.

Kadang-kadang aku harap aku tidur tak bangun-bangun.
Kadang-kadang aku harap orang tak nampak aku.
Kadang-kadang aku harap aku tiada hati dan perasaan.

Ini mimpi ngeri bila aku sedar, aku berpijak di dunia nyata.