October 23, 2012

Sendiri.

Kita merancang, Tuhan yang menentukan.

Cliche. Mungkin boleh ubah sedikit. Kita cuma mampu mengatur, tapi kalau dah takdir..

Tak kiralah macam mana pun kau cuba larikan perkataan, kalau ia dah membawa makna yang sama, ia akan kekal sebegitu.

Kadang kala aku tertanya, kenapa manusia merancang? Atau mungkin aku sendiri. Kenapa aku merancang?

Aku tak suka bila aku mula mempersoal. Akhirnya jawapan dia akan berpatah balik pada diri sendiri. Aku tanya, aku yang jawab.

Malas mempersoal. Malas nak argue. Malas.

Malas.

Serabut. Serabut kepala bermain dengan perasaan. Apa yang aku nak tulis, semua lari. Andai otak itu adalah insan, mesti beliau sedang mencapai segala perkataan disekeliling. Cuba mengejar abjad yang lari. Sambil berperang dengan hati. Hati kata, 'aku nak yang ni.' Tapi otak pula kata, 'tak boleh, tak boleh. Ini hak aku.'

Hak.

Kalaulah aku boleh jerit saja pada mereka berdua, 'kalian boleh tak berkongsi?'

Haha. Sarah, kau tahu tak kau sedang berada dalam dunia sendiri?