June 12, 2011

I don't want to.

One time kawan aku pernah cakap kat aku, “Dia cari kau bila dia perlukan kau je.” Aku terdiam.
Aku tau. Aku sedar realiti itu.


Aku sangat terasa hati dengan dia. Tapi aku tak boleh nak cakap, “Tak nak. Tak boleh. Aku bukan pet kau yang kau panggil bila kau perlukan dia. Yang kau ajak main bila kau bosan, kau bagi makan sebab kau tak nak dia mati supaya dia boleh isi masa-masa bosan kau, tapi bila dia pooping around, kau marah dia, kau maki dia sedang kau tak bagi suitable place untuk dia poop.”


Mungkin aku terlalu nak jaga hati dia. “Biarlah. Nanti one time mungkin aku pula perlukan dia.” Yang sebenarnya tidak. Atau mungkin aku yang tak berani nak bersuara.


Entah.


To lose a friend is about to delete thousands moment we cherished together and I don’t want to.


Let it be. At least one day, dia ada memori pasal aku. Aku yang dia hanya perlu untuk ‘kegunaan’ dia sahaja, mungkin…



p.s: Maaf sebab aku tak pernah ikhlas bila dengan kau. Aku penat dan aku faktab all the time, everyday, dengan kau.

June 11, 2011

Dinding.

Aku pandang keliling aku.

Dinding.

Kanan aku, dinding. Kiri aku, dinding. Luar tingkap, dinding juga. Luar tingkap bilik aku memang dinding okay. Serius ini bukan tipu. Terasa seperti dalam penjara dapat bilik tepi tangga yang tertutup dengan dinding cuma gril je tiada tapi digantikan dengan pintu. Muka pun seperti muka tembok dah jadi. Opps bukan.

"Penjara dibina untuk jasad, bukan akal." Walaupun Cikgu Zakiyah dalam Juvana tu cakap macam tu, ketahuilah sesungguhnya aku bukan dipenjara okay.

Tinggal dalam bilik yang sebegini memang kau rasa otak kau tak berkembang, sempit belaka. Nak mencari inspirasi, apa yang aku dapat hanyalah kosong. Seminggu duduk kat sini sampai terdetik dalam hati, 'apalah nasib aku dapat bilik yang macam ni.'

Orang cakap, hidup ni jangan nak selesa sangat. Ingat, kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Tak ubah seperti roda. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya, kau masih ada bilik, ada katil untuk kau baring dengan selesa, ada meja untuk kau menulis tanpa kecewa, ada view dinding untuk kau amati dengan bahagia. Opps bukan juga.

Aku rasa, cukuplah setakat ni aku meraban. Korang baca pun buat bazir masa je.

Walaupun apa yang kau nampak hanyalah dinding, hanyalah tembok, hanyalah batu-batu yang dicalit dan dipalit dengan warna, ketahuilah sesungguhnya akal yang Tuhan beri itu jauh lebih mendalam dan meluas dari apa yang kau nampak.