Aku pandang keliling aku.
Dinding.
Kanan aku, dinding. Kiri aku, dinding. Luar tingkap, dinding juga. Luar tingkap bilik aku memang dinding okay. Serius ini bukan tipu. Terasa seperti dalam penjara dapat bilik tepi tangga yang tertutup dengan dinding cuma gril je tiada tapi digantikan dengan pintu. Muka pun seperti muka tembok dah jadi. Opps bukan.
"Penjara dibina untuk jasad, bukan akal." Walaupun Cikgu Zakiyah dalam Juvana tu cakap macam tu, ketahuilah sesungguhnya aku bukan dipenjara okay.
Tinggal dalam bilik yang sebegini memang kau rasa otak kau tak berkembang, sempit belaka. Nak mencari inspirasi, apa yang aku dapat hanyalah kosong. Seminggu duduk kat sini sampai terdetik dalam hati, 'apalah nasib aku dapat bilik yang macam ni.'
Orang cakap, hidup ni jangan nak selesa sangat. Ingat, kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Tak ubah seperti roda. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya, kau masih ada bilik, ada katil untuk kau baring dengan selesa, ada meja untuk kau menulis tanpa kecewa, ada view dinding untuk kau amati dengan bahagia. Opps bukan juga.
Aku rasa, cukuplah setakat ni aku meraban. Korang baca pun buat bazir masa je.
Walaupun apa yang kau nampak hanyalah dinding, hanyalah tembok, hanyalah batu-batu yang dicalit dan dipalit dengan warna, ketahuilah sesungguhnya akal yang Tuhan beri itu jauh lebih mendalam dan meluas dari apa yang kau nampak.