June 29, 2012

Ruang masa.

Salam.

Dulu, Abah pernah cerita pada aku tentang masa pada keseluruhannya. Mesin masa, Israk Mikraj, kapal terbang. Nampak tak perkaitannya di situ?

Aku ingat lagi, malam tu, kami duduk di beranda rumah Wan di kampung. Waktu tu, baru lepas dinner tak silap aku. Aku tak berapa ingat siapa yang duduk bersama mendengar syarahan ringan Abah. Tapi aku pasti, aku ada, dan aku dengar setiap butir perkataan Abah.

Abah cakap, orang sepatutnya dah dapat lihat, bayangkan, percaya dan yakin bahawa kejadian Israk Mikraj tu betul. Real. Sebabnya dah terbukti. Macam mana Rasulullah boleh sampai ke masa hadapan. Abah kata, dengan mengaplikasikan konsep kapal terbang dan ruang masa.

Okay, bayangkan kau sekarang berada di KLIA, Malaysia. Pada pukul 8PM dan akan terbang ke... contohnya, Seoul, Korea Selatan. Dekat sana, beza masa dengan Malaysia adalah 1 jam lebih awal. 1 jam je. Jadi bila kau sampai je sana, kau akan experience satu jam lebih awal. Yang bermaksud kau berada pada satu ruang di masa hadapan. Satu jam di masa hadapan.

Cuba bayangkan kalau kapal terbang tu lebih laju, laju sangat sangat sangat laju. Seperti Burrakh contohnya. Jadi kau dapat lah memendekkan masa perjalanan kau yang banyak terbuang itu. Jadi konsep back to the future tu terlaksana. Kau faham tak?

Cuma manusia belum mampu, atau mungkin takkan mampu untuk mencipta kenderaan selaju Burrakh. Delorean yang dalam Back To The Future dan dalam Deer In The Headlights MV tu pun tak dapat menandingi Burrakh.

[google image: Delorean versi Deer In The Headlights nyanyian Owl City]

[google image: Delorean versi Back To The Future]

Ada banyak lagi yang Abah ceritakan. Tapi nampaknya minda lemah aku tidak mampu nak recall sebutir-butir. Nanti aku tanya Abah balik. Boleh kita cerita lagi dekat sini. Okbye.

p.s: Dua gambar berbeza, tetapi Delorean yang sama alright. Next time aku cerita pasal Delorean plak. Kalau rajin.

June 27, 2012

Carsick.

salam.

as you can see, it's 1 bloody a.m here. what's the meaning of a.m anyway?

tapi kalau cakap dengan student, 1AM tu macam baru pukul 10PM gitu. Tapi pada aku 1AM tu kira lewat lah jugak. Ah, merepek lagi.

Aku ingat lagi waktu aku first time naik kereta, kereta PL 6667. Kau orang takkan tahu kereta apa sebab aku ingat nombo plat kereta je. Nama kereta tu aku tak pernah tahu pun. Masa tu aku berumur empat tahun. Aku paling menyampah bila balik kampung, jauh perjalanan dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi nasib baik naik kereta, kalau naik unta?

Kereta tu panas, tiada air-cond mahupun kipas. Jadi, abah suka balik malam sebab sejuk. Angin malam memang best. Aku yang dekat belakang ni yang tengah tidur laikaboss ni tetiba terjaga. Aku marah mak aku sebab abah berhenti kereta. Masa tu pemikiran aku simple, kereta tak bergerak=takde angin masuk=panas=terganggu tidur. Padahal aku tahu je abah tengah makan masa tu, beliau lapar mungkin. Aku tak berani nak marah beliau jadi aku cakap dekat mak suruh mak cakap dekat abah supaya menggerakkan kembali kereta tersebut.

Betapa kurang ilmu anak itu meninggi suara terhadap ibu bapanya.

Anyway that was like a decade and half ago. Masa tu jauhari pun belum mengenal manikam lagi. Pfft.


Carsick is really sicken me. Bayangkan kau ada 4 jam perjalanan dalam apa sahaja jenis kenderaan, kau hanya mampu tidur. Tak pun pandang keluar tingkap. Kalau 4 jam, maunya 6 jam? 8 jam? Terfaktab you know. Kenapa? Sebab focus on one thing, will make things worse. Worse like, kau rasa loya, pening-pening, mual, etcetera ala-ala mabuk laut gitu. Aku tak pernah rasa mabuk laut macam mana tapi aku assume it's like that.

And when people, family members, friends kalau kau travel dengan mereka, and they're like eating dalam tu, kau tak boleh nak makan pun. Lagi-lagi nasik. Kalau makan, confirm muntah balik. Kalau dah muntah, takkan nak makan muntah tu balik kan? Just because memuntahkan makanan adalah satu pembaziran. Kau bukan baby yang bila mereka muntah susu, ada peluang untuk mereka telan balik muntah mereka tu. Macam adik aku.

You can't texting, reading, writing, talking for too long, gaming or whatever yang melibatkan kena fokus kepada sesuatu benda dalam keadaan yang sekejap atau lama, you can't. So, bila kau mengalami symptom-symptom sebegini, hanya satu sahaja jalan penyelesaiannya, tidur. Tidur la even sekejap pun. Tidur tu is like a reset. Otak kau akan reset balik yang sesungguhnya kau tak mual pun sebelum ni, sebelum kau tidur. Nampak tak betapa powernya kuasa tidur tu?

People say that the best thing about travelling is the journey but never did I find it interesting to just sleep during the whole journey.

Panjang plak post ni. Jadi sebagai kesimpulannya, sesiapa yang ada carsick tu, we're on the same boat so bon voyage.

June 25, 2012

Hawaii.

Salam.

Kenapa manusia berblogging?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kenapa ada judgmental dekat dunia ni. Kenapa mesti ada sifat nak judge orang. Kenapa mesti nak compare sana-sini. Kenapa mesti ada orang yang takut dengan golongan judgemental. Memang, kita tak hidup kalau kita asek fikir apa yang orang fikir pasal kita. Boleh dikatakan aku pun takut dengan golongan macam ni. Takut orang judge aku. Paling teruk bila orang judge life aku. I know right kau siapa nak judge hidup aku? Tuhan kah?

Tapi yang tu lah manusia selalu buat. Kadang-kadang diorang tak sedar, sebab tu timbul, muncul golongan, warga pemendam.

Ah apa benda yang aku taip ni?

Nampaknya sel-sel otak dah terkeluar daripada nervous system.

Aku sarankan kau orang tak payah la teruskan pembacaan sebab makin mengarut dah ni.

Mungkin sebab tu la Nizam Bakeri cakap dalam Pecah, Human profiling is a mere bullshit. Something like that. Kita tak boleh nak profile orang suka-suka. sebab manusia ni dia ada roh dan jasad dan hati dan minda, akal fikiran.

Ah apasal complicated sangat ni. Lantaklah.

Okaylah, for the time being, aku kind of depress. Aku nak cecepat habis diploma dan bercuti ke Hawaii sebab nak release tensi. Sebab Adam Y. cakap, the only way you could deal with a broken heart is go to Hawaii. Aku bukan broken hearted tapi depress je.

Apasal cerita pasal diri sendiri ni? Tahpapetah.

June 23, 2012

Niat.

Salam.

Aku ada satu masalah. Bukan masalah sangat pun sebab orang selalu cakap setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kecuali masalah mati. Mungkin persoalan.

Pasal buku. Pasal twitter. Pasal facebook. Pasal blog. Pasal almost everything. Mesti korang pernah dengar kan, setiap apa yang kita buat tu tanpa mengingati Allah, adalah sia-sia.

Aku terfikir. Fikir, fikir sampai kadang-kadang aku jadi malas nak fikir. You know when you've this thought and you keep thinking about it every bloody day, until it reached a state that you ask yourself, have you thought about it today? Did you? Yes, aku merasakan itu.

Adakah bila kita post sesuatu yang tak berkaitan dengan agama, mungkin berkaitan dengan kehidupan atau sesuatu yang boleh inspired someone, dikira sia-sia? Atau kita tweet about love, thought, anything, adakah dikira sia-sia? Kita baca buku, of any genre or of all genres, does that makes it a waste thing to do?

Jadi, aku sebagai seorang yang serba serbi ilmunya, been thinking that, kalau kita berpatah balik kepada hadis 40 syarahan Imam Nawawi, hadis pertama, iaitu niat, yang bermaksud:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Jadi, as long as kita berniat kerana Allah, dan kerana apa kita buat sesuatu itu, ia takkan jadi sia-sia regardless of right things to do. By right I mean bukan mencuri, merompak, menjahanam dsb yang dimurkaiNya.

This is like a first step of all things. Kalau tanya ustazah, ustad, alim ulama, surely mereka takkan jawab macam ni. Kita tak tahu banyak mana pahala atau dosa yang kita dapat by doing things yang kita tak tahu apa hukum sebenar dia. Tapi bila kita dah letakkan niat tu, at least, kita tak tersasar jauh.

Sebab I have these unwanted feelings, when I wanna read anything or buy books yang takde kaitan langsung dengan keagamaan. If you get what I mean. Unwanted? Guilty? I don't know but it's there. Was. Whatever.

June 11, 2012

Semester baru.

Selalunya, jarang aku cerita apa yang berlaku pasal kehidupan aku, eg: universiti, kelas,bilik, rommates, coursemates... Mungkin sebab aku lebih suka taip benda yang general. Mungkin otak aku berfungsi untuk berfikir benda yang common, yang meluas, yang universal.


Semester baru dah pun bermula. Cuma kelasnya belum bermula lagi. Seminggu cuti bagi student short sem macam aku ni bagai mengantuk disorongkan bata. Faham tak, tak puas? Tapi nak buat macam mana, adat belajar. Kadang-kadang, pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' boleh bagi semangat kat orang yang macam aku ni. Tak caya? Tak pe. Tak berdosa pun.

Sesungguhnya aku tak se-excited seperti student-student yang sebagai contoh bila jumpa member, 'OMG Minah tahu tak hari tu kan bla-bla-bla.' atau 'Lahabau kau apa cerita cuti tak kontek langsung babbbla bla bla.' dan sebagainya sampai tak sempat nak tanya khabar. Kalaulah kawan tu ada sakit jantung, maunya arwah beliau di situ lagi-lagi perempuan. Ok enough.

Tidaklah pula aku teruja nak masuk kelas dan ketemu pensyarah-pensyarah baru serta lama, apatah lagi merindui suasana belajar dalam dewan kuliah yang serba oven seperti di Dewan Kuliah 2 tambah-tambah lagi di tengah hari yang suhunya berdarjah mencecah 786576275675672 degree.


Jadi, konklusinya aku tak teruja. Dan ia menjadi satu tanda tanya pada aku. Sampai aku fikir, fikir, fikir. Tak ada ilham. Jadi, aku biar je persoalan tu. Tunggu je lah esok. Instead of excited, I'm feeling more nervous. Dan ia adalah kinda faktab, sebab aku tak boleh nak tidur. Esok kelas pertama sem ni, bermula. Nice.

June 2, 2012

Kehidupan dan etcetera.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kenapa kita mengejar sesuatu yang bukan kehendak kita?

Mungkin bukan semua orang. Mungkin seseorang. Atau mungkin aku je. Atau mungkin bukan aku. Atau mungkin rakan sekelas aku. Atau mungkin follower di twitter. Atau pun follower di blogger. Atau mungkin kenalan di facebook. It can be anyone. Tapi yang pasti, it has to be someone.

Semua orang ada kelebihan masing-masing, keistimewaan, kebolehan. Mungkin kita nampak orang tu cantik, cun, lawa. Tapi mungkin suara dia tak secantik rupanya. Atau mungkin masakannya tak sesedap pandangan mata kita terhadapnya. Tapi mungkin ada sesetangah orang juga yang ada kelebihan tersebut tapi dia tak berusaha ke arah kelebihan dia tu, atau melengah-lengahkan, atau...

Aku pernah baca satu pepatah Inggeris ni yang menyatakan - Keistimewaan itu untuk kita buat duit dengannya. Aku ingat lagi, seorang saintis dan pakar falsafah yang terkenal keluarkan kata-kata hebat tu, cuma minda lemah aku tak mampu untuk mengingat nama beliau. Sedih, kan? But still, kalau nak tanya pendapat aku, aku natural terhadap pepatah tersebut. Bergantunglah pada orang. Sebab aku bukan jenis berkebolehan untuk membuat duit terhadap kebolehan aku. Faham tak? Mungkin, mungkin aku pernah bercita-cita sebegitu, tapi disebabkan keyakinan yang aku pegang tu ibarat telur dihujung tanduk. Mungkin ia pecah sebelum sempat ia jatuh ke tanah.

Ada masa-masa tertentu bila cita-cita yang kita pegang, terpaksa kita lepaskan akibat perbezaan jalan yang kita pilih. Sebab kita takkan pernah tahu apa, siapa, yang menunggu kita penghujung jalan.

June 1, 2012

Mila Jaroniec.

Aku sebenarnya sangat teramat teruja untuk menulis ini. Mungkin sebab semenjak dua ni aku selalu bertandang ke Thought Catalog, merantau dari satu post ke satu post dan kadang-kadang dari satu blog ke satu blog, mencari inspirasi mungkin. Atau hanya sekadar mengisi masa terluang. Maaf kalau anda terasa mual membaca walaupun pada perenggan yang pertama ini.

Mila Jaroniec adalah salah seorang favourite author aku di alam maya ini. Sebab penulisan beliau. Of course lah kan dah nama pun penulis. Tapi pertama-tama kalinya, I am truly sorry Mila if you're happen to found this post that is really annoying because it wasn't even written in English because what I am trying to do adalah mempromot awak kepada Malaysian.

Boleh dikatakan hampir kesemua article yang ditulis oleh beliau telah aku baca sekurang-kurangnya dua kali. Dan artikel yang paling paling perasaannya tak boleh nak gambarkan dalam tulisan tapi kalian sendiri wajib membacanya adalah A Letter To My Long-distance Crush, What Happens When You're Really Into Someone, Thank You For Being My Best Friend dan Abortion.

One thing yang aku suka pasal penulisan beliau adalah ia sangat-sangat seperti apa yang berlaku, tengah berlaku, dah berlaku dalam hidup aku. Sampaikan bila kau baca artikel tu, kau terasa sangat close dengan penulis tu macam kau nak high-five dia dan scream on top of your lung, 'OMG that's so happened to me!' Dan macam mana dia create sentence tu and miraculously it's like a chain sentences, bila kau baca satu ayat, kau nak sambung lagi sampai satu tahap di mana pengakhiran ayat tu kau realize that kau kena baca lagi sebab kau fikir yang kau kunyah tadi tu, tak cukup lumat.

Aku suka bila dia tulis anything yang berkaitan dengan love and life. Sometimes ia memberi inspirasi pada aku, dan kadang-kadang ia memberi satu mix feeling. Dan to actually feel that really, is a good feeling.

Mungkin sebab taste aku macam ni. Mungkin ada sesetengah manusia, jenis yang suka a simple dan easy enough to understand, you know where it doesn't require high imagination kind of thing. Well, lain orang, lain taste. Rambut sama hitam, hati lain-lain.