Carsick.

salam.

as you can see, it's 1 bloody a.m here. what's the meaning of a.m anyway?

tapi kalau cakap dengan student, 1AM tu macam baru pukul 10PM gitu. Tapi pada aku 1AM tu kira lewat lah jugak. Ah, merepek lagi.

Aku ingat lagi waktu aku first time naik kereta, kereta PL 6667. Kau orang takkan tahu kereta apa sebab aku ingat nombo plat kereta je. Nama kereta tu aku tak pernah tahu pun. Masa tu aku berumur empat tahun. Aku paling menyampah bila balik kampung, jauh perjalanan dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi nasib baik naik kereta, kalau naik unta?

Kereta tu panas, tiada air-cond mahupun kipas. Jadi, abah suka balik malam sebab sejuk. Angin malam memang best. Aku yang dekat belakang ni yang tengah tidur laikaboss ni tetiba terjaga. Aku marah mak aku sebab abah berhenti kereta. Masa tu pemikiran aku simple, kereta tak bergerak=takde angin masuk=panas=terganggu tidur. Padahal aku tahu je abah tengah makan masa tu, beliau lapar mungkin. Aku tak berani nak marah beliau jadi aku cakap dekat mak suruh mak cakap dekat abah supaya menggerakkan kembali kereta tersebut.

Betapa kurang ilmu anak itu meninggi suara terhadap ibu bapanya.

Anyway that was like a decade and half ago. Masa tu jauhari pun belum mengenal manikam lagi. Pfft.


Carsick is really sicken me. Bayangkan kau ada 4 jam perjalanan dalam apa sahaja jenis kenderaan, kau hanya mampu tidur. Tak pun pandang keluar tingkap. Kalau 4 jam, maunya 6 jam? 8 jam? Terfaktab you know. Kenapa? Sebab focus on one thing, will make things worse. Worse like, kau rasa loya, pening-pening, mual, etcetera ala-ala mabuk laut gitu. Aku tak pernah rasa mabuk laut macam mana tapi aku assume it's like that.

And when people, family members, friends kalau kau travel dengan mereka, and they're like eating dalam tu, kau tak boleh nak makan pun. Lagi-lagi nasik. Kalau makan, confirm muntah balik. Kalau dah muntah, takkan nak makan muntah tu balik kan? Just because memuntahkan makanan adalah satu pembaziran. Kau bukan baby yang bila mereka muntah susu, ada peluang untuk mereka telan balik muntah mereka tu. Macam adik aku.

You can't texting, reading, writing, talking for too long, gaming or whatever yang melibatkan kena fokus kepada sesuatu benda dalam keadaan yang sekejap atau lama, you can't. So, bila kau mengalami symptom-symptom sebegini, hanya satu sahaja jalan penyelesaiannya, tidur. Tidur la even sekejap pun. Tidur tu is like a reset. Otak kau akan reset balik yang sesungguhnya kau tak mual pun sebelum ni, sebelum kau tidur. Nampak tak betapa powernya kuasa tidur tu?

People say that the best thing about travelling is the journey but never did I find it interesting to just sleep during the whole journey.

Panjang plak post ni. Jadi sebagai kesimpulannya, sesiapa yang ada carsick tu, we're on the same boat so bon voyage.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...