Dulu, Abah pernah cerita pada aku tentang masa pada keseluruhannya. Mesin masa, Israk Mikraj, kapal terbang. Nampak tak perkaitannya di situ?
Aku ingat lagi, malam tu, kami duduk di beranda rumah Wan di kampung. Waktu tu, baru lepas dinner tak silap aku. Aku tak berapa ingat siapa yang duduk bersama mendengar syarahan ringan Abah. Tapi aku pasti, aku ada, dan aku dengar setiap butir perkataan Abah.
Abah cakap, orang sepatutnya dah dapat lihat, bayangkan, percaya dan yakin bahawa kejadian Israk Mikraj tu betul. Real. Sebabnya dah terbukti. Macam mana Rasulullah boleh sampai ke masa hadapan. Abah kata, dengan mengaplikasikan konsep kapal terbang dan ruang masa.
Okay, bayangkan kau sekarang berada di KLIA, Malaysia. Pada pukul 8PM dan akan terbang ke... contohnya, Seoul, Korea Selatan. Dekat sana, beza masa dengan Malaysia adalah 1 jam lebih awal. 1 jam je. Jadi bila kau sampai je sana, kau akan experience satu jam lebih awal. Yang bermaksud kau berada pada satu ruang di masa hadapan. Satu jam di masa hadapan.
Cuba bayangkan kalau kapal terbang tu lebih laju, laju sangat sangat sangat laju. Seperti Burrakh contohnya. Jadi kau dapat lah memendekkan masa perjalanan kau yang banyak terbuang itu. Jadi konsep back to the future tu terlaksana. Kau faham tak?
Cuma manusia belum mampu, atau mungkin takkan mampu untuk mencipta kenderaan selaju Burrakh. Delorean yang dalam Back To The Future dan dalam Deer In The Headlights MV tu pun tak dapat menandingi Burrakh.
[google image: Delorean versi Deer In The Headlights nyanyian Owl City]
[google image: Delorean versi Back To The Future]
Ada banyak lagi yang Abah ceritakan. Tapi nampaknya minda lemah aku tidak mampu nak recall sebutir-butir. Nanti aku tanya Abah balik. Boleh kita cerita lagi dekat sini. Okbye.
p.s: Dua gambar berbeza, tetapi Delorean yang sama alright. Next time aku cerita pasal Delorean plak. Kalau rajin.
