July 5, 2012

Akal pokok.


Tiada bukti saintifik yang mengatakan pokok-pokok dihutan belantara mahupun dibelakang rumah kita itu dijumpai berzikir. Kita pun tak pernah dengar pokok kat depan rumah hatta tepi-tepi jalan, berzikir. Tapi, kita tahu, mereka berzikir, kerana mereka juga adalah makhluk Tuhan yang Esa malah telah dibuktikan di dalam al-Qur'an surah al-Isra' ayat 44 yang bermaksud:

The seven heavens and the earth, and all beings therein, declare His glory: there is not a thing but celebrates His praise; And yet ye understand not how they declare His glory! Verily He is Oft-Forbear, Most Forgiving! [Yusuf Ali translation.]
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Tapi, macam mana pula kalau manusia, hidupnya seperti pokok, yang berzikir sepanjang hidupnya?

Aku tertarik dengan apa yang ditulis Ridhwan Saidi dalam bukunya, Amerika yang mempersoalkan pasal akal dan alam.

Murshid berhenti seketika hirup susu soya.
         "Bercakap pasal akal ni, ada yang menolak akal terus layan hati dan jiwa. Apa pendapat kau tentang benda ni? Macam akhirnya manusia, seperti alam, berdengung zikir berterusan. Mengosongkan akal, dipenuhi rasa. Macam pokok-pokok di dalam hutan. Patut ke manusia macam tu?"
         Ramlee menggelengkan kepala, "Tak, yang membezakan manusia dengan pokok, hutan, bintang - akal. Kita perlu berbalik kepada konsep hijrah tadi, bergerak menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita berzikir berterusan dan statik dalam diam, mungkin ia satu langkah awal sebelum kita bergerak. Yang aku bayangkan, mereka yang mengosongkan akal ini sebab nak bertindakbalas dengan situasi atau keadaan semasa atau kebanalan [banalization/banal - repeated too often; overfamiliar through overuse] yang bergerak pantas semasa di KL ni. Mereka berhenti seketika, untuk bergerak menuju ke satu hala tuju yang baru. Aku rasa macam tu, walau pun kita tak akan tau apa yang cuba mereka buat."

Ada dua yang dia cuba sampaikan dekat sini, satu akal, dan satu lagi hijrah. Mesti tak faham kan? Takpe. Aku pun mula-mula tak faham.

Menurut Murshid, orang yang mengosongkan akal, memenuhi rasa - mengosongkan akal dan mengikut kata hati dan menerima sepenuhnya tentang ibadah tanpa memikirkan langsung kehidupannya di dunia, apa tugas dia hidup di bumi selain beribadah, semata-mata. Tapi menurut Ramlee pula, dia rasa manusia yang mengosongkan akal ni sebab dia tak boleh, atau tak nak fikir dah pun mungkin tak larat; aku tak tahu. Sebab biasanya orang yang macam ni, dia terlalu banyak berfikir dan dengar kata orang. Contoh, agama. Terlalu banyak agama dan pemikiran yang bercanggah dalam dunia ni, jadi dia memilih untuk tidak berpegang pada mana-mana agama iaitu atheism - godlessness. Macam tu lah yang berlaku sekarang ni.

Mungkin andaian aku salah. Mungkin cara pemikiran aku terlalu deep nak dibandingkan dengan dua perenggan dengan ayat bombastik dan memerlukan imaginasi tinggi. Atau sebenarnya simple. Aku tak tahu. Yang pasti, tanyalah diri sendiri. Setiap orang bertanggungjawab mengawal diri sendiri dipacu akal. - Amerika.

July 2, 2012

Mental.

One day, aku scrolled timeline aku. Scroll punya scroll, aku terbaca satu tweet dari kawan aku yang mengatakan, kenapa twitfamous sering didapati tweet tentang cinta whatsoever?

Agak-agak kenapa blog terfaktab mempunyai ramai follower dan pembaca yang mungkin mencapai populasi di Wilayah Persekutuan KL termasuk buku-buku yang telah terjual?

Kenapa blog cintan-cintun sentiasa dapat perhatian ramai? And sometimes they even get thousand of followers not even a year in this blogosphere?

Cliche? Ya.

Aku blogwalking ke satu blog, satu blog je pun aku singgah. Merupakan seorang twitfamous yang mempunyai follower seramai... Tak payah la cakap pasal follower, kalau dah twitfamous tu follower mesti ramai berkilo-kilo. Di blog nya pun sama. Aku tengok budak ni, lelaki. Rajin tepek gambar dekat blog, gambar sendiri yang di photoshop mungkin, supaya nampak lebih artistik. Mungkin. Blog pulak pasal kisah cinta, tips cinta, dan sedikit sebanyak pasal diri serta kehidupan manusia.

Yang penting, muka boleh tahan.

Cliche? Ya.

Entahlah. Kadang-kadang aku rasa senang je nak jadi famous, popular, etc. Samada kau nak atau tak nak usaha je. Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal famous, tapi.. Argh, serabut. Aku tahu aku tak patut menaip sambil dengar lagu. Penulisan aku jadi sakai. No offence kepada yang dari suku kaum Sakai.

Aku percaya, all blogs have their own quality of readers. If kau setakat follow sana sini membuta tuli, dan tak ambil kisah pun dengan sesiapa yang kau follow apatah lagi nak bother about their blogposts sambil kau posting kau punya shitloads of article tak ingat dunia, aku rasa tak de maknanya semua tu.

Tapi itu yang hampir kesemua manusia buat.

Aku bukan yang jenis kisah pasal follower. Tapi aku sangat-sangat grateful if anyone out there yang baca anything that posted here. Rasa macam nak hug semua orang, tak tipu. And thanks a thousand fireflies for reading :)

OK cliche?