Akal pokok.


Tiada bukti saintifik yang mengatakan pokok-pokok dihutan belantara mahupun dibelakang rumah kita itu dijumpai berzikir. Kita pun tak pernah dengar pokok kat depan rumah hatta tepi-tepi jalan, berzikir. Tapi, kita tahu, mereka berzikir, kerana mereka juga adalah makhluk Tuhan yang Esa malah telah dibuktikan di dalam al-Qur'an surah al-Isra' ayat 44 yang bermaksud:

The seven heavens and the earth, and all beings therein, declare His glory: there is not a thing but celebrates His praise; And yet ye understand not how they declare His glory! Verily He is Oft-Forbear, Most Forgiving! [Yusuf Ali translation.]
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Tapi, macam mana pula kalau manusia, hidupnya seperti pokok, yang berzikir sepanjang hidupnya?

Aku tertarik dengan apa yang ditulis Ridhwan Saidi dalam bukunya, Amerika yang mempersoalkan pasal akal dan alam.

Murshid berhenti seketika hirup susu soya.
         "Bercakap pasal akal ni, ada yang menolak akal terus layan hati dan jiwa. Apa pendapat kau tentang benda ni? Macam akhirnya manusia, seperti alam, berdengung zikir berterusan. Mengosongkan akal, dipenuhi rasa. Macam pokok-pokok di dalam hutan. Patut ke manusia macam tu?"
         Ramlee menggelengkan kepala, "Tak, yang membezakan manusia dengan pokok, hutan, bintang - akal. Kita perlu berbalik kepada konsep hijrah tadi, bergerak menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita berzikir berterusan dan statik dalam diam, mungkin ia satu langkah awal sebelum kita bergerak. Yang aku bayangkan, mereka yang mengosongkan akal ini sebab nak bertindakbalas dengan situasi atau keadaan semasa atau kebanalan [banalization/banal - repeated too often; overfamiliar through overuse] yang bergerak pantas semasa di KL ni. Mereka berhenti seketika, untuk bergerak menuju ke satu hala tuju yang baru. Aku rasa macam tu, walau pun kita tak akan tau apa yang cuba mereka buat."

Ada dua yang dia cuba sampaikan dekat sini, satu akal, dan satu lagi hijrah. Mesti tak faham kan? Takpe. Aku pun mula-mula tak faham.

Menurut Murshid, orang yang mengosongkan akal, memenuhi rasa - mengosongkan akal dan mengikut kata hati dan menerima sepenuhnya tentang ibadah tanpa memikirkan langsung kehidupannya di dunia, apa tugas dia hidup di bumi selain beribadah, semata-mata. Tapi menurut Ramlee pula, dia rasa manusia yang mengosongkan akal ni sebab dia tak boleh, atau tak nak fikir dah pun mungkin tak larat; aku tak tahu. Sebab biasanya orang yang macam ni, dia terlalu banyak berfikir dan dengar kata orang. Contoh, agama. Terlalu banyak agama dan pemikiran yang bercanggah dalam dunia ni, jadi dia memilih untuk tidak berpegang pada mana-mana agama iaitu atheism - godlessness. Macam tu lah yang berlaku sekarang ni.

Mungkin andaian aku salah. Mungkin cara pemikiran aku terlalu deep nak dibandingkan dengan dua perenggan dengan ayat bombastik dan memerlukan imaginasi tinggi. Atau sebenarnya simple. Aku tak tahu. Yang pasti, tanyalah diri sendiri. Setiap orang bertanggungjawab mengawal diri sendiri dipacu akal. - Amerika.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...