Niat.

Salam.

Aku ada satu masalah. Bukan masalah sangat pun sebab orang selalu cakap setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kecuali masalah mati. Mungkin persoalan.

Pasal buku. Pasal twitter. Pasal facebook. Pasal blog. Pasal almost everything. Mesti korang pernah dengar kan, setiap apa yang kita buat tu tanpa mengingati Allah, adalah sia-sia.

Aku terfikir. Fikir, fikir sampai kadang-kadang aku jadi malas nak fikir. You know when you've this thought and you keep thinking about it every bloody day, until it reached a state that you ask yourself, have you thought about it today? Did you? Yes, aku merasakan itu.

Adakah bila kita post sesuatu yang tak berkaitan dengan agama, mungkin berkaitan dengan kehidupan atau sesuatu yang boleh inspired someone, dikira sia-sia? Atau kita tweet about love, thought, anything, adakah dikira sia-sia? Kita baca buku, of any genre or of all genres, does that makes it a waste thing to do?

Jadi, aku sebagai seorang yang serba serbi ilmunya, been thinking that, kalau kita berpatah balik kepada hadis 40 syarahan Imam Nawawi, hadis pertama, iaitu niat, yang bermaksud:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Jadi, as long as kita berniat kerana Allah, dan kerana apa kita buat sesuatu itu, ia takkan jadi sia-sia regardless of right things to do. By right I mean bukan mencuri, merompak, menjahanam dsb yang dimurkaiNya.

This is like a first step of all things. Kalau tanya ustazah, ustad, alim ulama, surely mereka takkan jawab macam ni. Kita tak tahu banyak mana pahala atau dosa yang kita dapat by doing things yang kita tak tahu apa hukum sebenar dia. Tapi bila kita dah letakkan niat tu, at least, kita tak tersasar jauh.

Sebab I have these unwanted feelings, when I wanna read anything or buy books yang takde kaitan langsung dengan keagamaan. If you get what I mean. Unwanted? Guilty? I don't know but it's there. Was. Whatever.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...