Dalam rumah ni, ada seekor ibu kucing. Kami tak pernah bercadang untuk membela kucing. Tak pernah. Sampai la suatu hari ni bila datang seekor kucing yang kerap kali keluar masuk rumah. Seekor tortoiseshell. Mak tak suka nak bela binatang. Mungkin kerana tanggungjawab dirumah membuatkan mak tak mampu untuk memberi perhatian kepada mereka.
Dulu kami pernah membela seekor kucing sewaktu di Johor. Waktu tu aku berumur 3-4 tahun, waktu paling teringin untuk memiliki seekor binatang peliharaan. Seekor kucing berbulu oren dan berekor panjang. Kemana sahaja kami pergi, kami bawa ia bersama anak-anaknya. Terutamanya ke kampung. Tapi itu kisah lama. Aku pun tak tahu apa jadi pada kucing tu. Atau aku lupa? Dan itu adalah kucing terakhir belaan kami.
Dan semenjak aku balik dari utm, akulah yang memberi kucing ini makan. Kadang-kadang mak yang bagi. Pernah suatu ketika, aku teringin nak beli makanan kucing tapi dilarang adik aku. Entah. Aku pun tak beli. Aku bagi je lebihan makanan pada kucing tersebut. Sampai sekarang ia tak bernama. Dan tak sangka, ia bunting.
Setengah daripada aku berharap, agar dia tak melahirkan anak-anaknya di sini. Setengah daripada aku berharap aku lah orang pertama yang dapat melihat anak-anaknya. Kadang-kadang aku kesian tengok ibu kucing ni. Tapi, tiada siapa punya hidup yang sempurna.
Perutnya pun dah semakin membesar. Aku cuma berharap tiada satu pun daripada yang dikandungnya mati. Moga-moga.