Dan seminggu yang penuh dan tersangat penuh…
Selalunya aku pasti akan merungut akan hari-hari aku yang tidak produktif dan membosankan, dan tiba suatu masa yang sehingga aku rasakan badan tak cukup rehat dan bakal rebah pada bila-bila masa, barulah aku merasakan betapa produktifnya hari aku.
"Tidur itu Sarah, sifatnya memang tak akan pernah cukup." Kata adik aku sewaktu aku merungut tentang betapa tidak puasnya aku tidur.
Benar kata dia, semakin kita membesar, semakin kita kerap tidur. Kerana tidur itu lebih indah daripada berhadapan dengan dunia yang kita tak tahu kebenarannya. Kadang-kadang aku rasa, biarlah ditipu dengan kehidupan dan tahu atas fakta telah ditipu, daripada tak tahu kesahihan sesuatu kebenaran.