crowd; which is... Damn, tak dapat lah join concert Owl City.
Dulu, aku pernah ditinggalkan oleh mak dan abah di kampung, bersama kakak dan adik aku. Mungkin sebab aku nakal, mungkin sebab kami nakal. Mungkin sebab abah ada kerja atau urusan yang perlu dilakukan. Kenapa mungkin? Sebab masa tu aku pun belum layak lagi ke tadika. Semuanya samar-samar. Jadi dalam masa kami ditinggalkan tu, aku, kakak dan paksu; ye pak su, dia baru masuk tadika masa tu jadi aku sepatutnya lebih kurang tiga tahun atau empat, kami bermain bersama seperti kanak-kanak sebaya kami bermain bersama. Pak Su aku lebih rapat dengan kakak aku yang mempunyai beza setahun daripada aku. Pada masa tu mereka sangka mereka dah sangat besar jadi aku sering dipinggirkan. Dan aku juga ada ego aku sendiri, takkan aku nak main dengan adik aku kot. Jadi aku sentiasa cuba mendekatkan diri dengan kakak dan pak su aku. Adalah lebih malang apabila mereka tidak menjauhi aku malah lebih kerap mengusik dan membahan aku. Aku tak ingat apa yang mereka kutukkan tapi memang agak burn jugak ah masa tu.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk lari daripada mereka akibat kutukan yang maha durjana disembur terhadapku. Aku menyorok dalam bilik. Biasalah bebudak, nyorok ah lepas kena buli. Dan aku membuat keputusan yang agak kurang cerdik bila aku mengunci bilik tersebut. Jadi mereka berdua terus menerus mengejek dan mengutuk dan membahan aku dari luar malah lebih buruk lagi memberitahu Wan bahawa aku mengunci bilik. Dasar reporter. Pada mulanya Wan suruh aku bukak pintu. Biasalah kan kalau ada budak kecik tetiba kunci pintu tah-tah dia tahu kunci je tak tahu bukak ke apa ke kan? Tapi aku berdegil tak nak bukak. Sebab nada Wan macam marah je kat aku. Perkara tersebut bertambah buruk apabila Wan report plak dekat Tok Bah dimana Tok Bah aku pula adalah seorang bekas askar. Boleh faham tak, bekas askar? Jadi dia mengetuk pintu tersebut bagai nak runtuh satu rumah dan memekik-mekik. Aku adalah sangat cuak masa tu sampai menangis. Menangis siap boleh tidur plak dalam tu. Agak lama lah jugak aku duduk dalam bilik tu mengenang nasib dan menangis dan akhirnya aku keluar sendiri lepas keadaan kembali tenang. Dan aku terus sambung menangis.
Tak lah aku tahu sama ada itu punca kepada apa yang berlaku kepada aku sekarang ni ataupun sebaliknya. Tak lah aku tahu adakah aku mengalami trauma atas perbuatan sendiri. Kalau ye pun, kenapa sekarang? Kenapa bukan sebelum-sebelum ni? Benda ni kerap kali terjadi. Mungkin aku patut pergi jumpa psychologist dan dapatkan khidmat nasihat. Mungkin juga benda ni hanya khayalan atau perasaan yang aku terbawak-bawak daripada movies and stuff. Atau mungkin aku yang terlalu risau.Walhal risau itu juga adalah salah satu penyakit. Aku tahu pun daripada wikipedia dimana aku searched apa itu claustrophobia, panic attack, panic disorder and so on. Jadi, aku tak tahu kalau setakat bergantung pada satu sumber. Kalau ye pun ada, kalaulah. Mintak-mintak tak la, maybe it will heal sendiri one day. Maybe it will become worst.