Setiap hari kita mengharapkan hari kita akan menjadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Kita tempuh hari itu macam esok kita dah tak ada. Kita berusaha untuk hidup, hargai semua yang kita ada, masa yang kita ada bersama dengan orang-orang yang menghargai kita. Walau macam mana buruk pun hari kita, kita tetap lalui hari itu. Mungkin tiada lagi esok untuk kita, kita fikir. Jadi, kita hadapi hari itu sesungguh-sungguhnya. Orang kata, live life to the fullest. Tapi, bagaimana kalau esok kita masih ada? Kita ucap syukur kepada Tuhan, dan kita lakukan perkara yang sama. Kita dah tetapkan dalam hati kita, hari ini adalah lain dari yang semalam. Dan hari esok pasti akan berbeza daripada hari ini. Dan begitulah hari-hari yang seterusnya. Tidak akan sama. Kegagalan tetap menemui kita. Tuhan tetap menguji kita. Tapi kita tabah. Kita berjaya tempuh semua dugaan. Kita percaya padaNya, pada takdirNya, pada ketentuanNya, pada pilihan kita, pada pilihanNya untuk kita. Dan kita akan terus gagahkan dalam hati bahawa, sesungguhnya aku telah berjaya. Aku hebat sebab aku berjaya menempuh hari semalam. Dan aku akan terus hebat menempuh hari esok. Dan hari-hari seterusnya. Sebab aku, takkan pernah kalah.
Giving up for today is just the same as suicides for eternity.