Review: Bogel Menuju Tuhan.

Bogel Menuju TuhanBogel Menuju Tuhan by Zahiril Adzim

My rating: 5 of 5 stars


Mungkin ada yang rasa tajuk buku ini sangat extreme, sangat menjengkelkan, dan sebagainya yang lebih ke arah negative atas faktor perkataan ‘Bogel’ dan ‘Tuhan’ di situ. Tapi tidak bagi aku. Aku lebih nak mengetahui isinya.



Memang aku agak baru tahun lepas menjadi follower Zahiril Adzim di blognya. Tak dapat nak disangkal, penulisan beliau sangat brilliant! Beliau adalah penulis online kedua yang aku rate terbaik after seorang penulis barat yang juga seorang artis.

“Menulis, dan juga berkata-kata, ibarat seperti berbogel. Setiap apa yang kita tulis memperlihatkan apa yang berada di dalam kita. Minda kita terutamanya." – Zahiril Adzim.

Bercerita tentang Bogel Menuju Tuhan, seperti yang aku cakap, setiap bait-bait ayat adalah sangat mendalam maksudnya menusuk dan mungkin boleh tertembus. Boleh dikatakan almost semua entri menjadi favourite aku. Membacakan tulisan beliau membuatkan kau berfikir yang tak terfikir, terjaga dari mimpi dan menjangkau yang tak terjangkau dek limitasi imaginasi. Itupun kalau imaginasi ada limitasinya.

“Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci." – Fared Ayam

Tulisan yang baik adalah apabila kau sanggup baca berkali-kali benda yang sama dan rasa nak quote every sentence yang ada dalam karya tersebut tak kira dalam apa keadaan sekalipun. Dan aku takut terhadap diri aku sendiri apabila aku akan lakukan itu terhadap karya ini tanpa ragu-ragu.



"Kerana membaca bukan budaya orang Malaysia, kita jadikan budaya untuk diri kita sendiri." - Zahiril Adzim.



View all my reviews

 *bukan DSLR*

*mm-mm, bukan DSLR juga*

Aku malas nak cerita pasal perasaan bermula daripada aku membuat pembayaran, menghantar email sehinggalah ke menerima bungkusan. Cukuplah almost-fangirlism-attitude aku di Twitter okbye.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...