Adalah soalan yang dah jadi penyataan apabila terlalu kerap dipersoal. KENAPA.
Aku percaya kebanyakan student diploma ditanya sebegini sekurang-kurangnya once in a lifetime. Terutamanya dari kalangan sepupu sepapat, saudara mara, sepakcik semakcik, sejiran setangga, bla bla, etc. Manusia ni semua dia nak tanya. Ada je yang tak puas hati. Kenapa itu, kenapa ini, bagaimana, macam mana. Seorang satu kali tanya. Bila dah 30 orang, 30 kali kau kena jawab benda yang sama. So annoying.
Sejujurnya, bila ada orang tanya aku, aku diam dan senyum je. Lepas tu dia pun diamlah. Frankly, memang aku tak de reason pun, i mean yang kukuh, yang takde siapa boleh sangkal, TAK ADE. Tapi, aku realized, semua benda ada sebab dia.
Pertama-tamanya, adalah sebab memang aku tak nak masuk matriks walaupun aku di offer. Bayangkan kena bangun 5 pagi, kelas sampai lewat petang. Cukuplah 2 tahun aku buat semua tu. Tak larat. Memang untuk kebaikan sendiri tapi setiap orang ada limit dan setiap orang ada peluang untuk memilih dan berubah tapi takkan ada yang dapat patah balik belakang. Bukan aku nak patah balik belakang pun anyway.. I'm just saying. Eh lari topic.
Kedua, sebab aku rasa universiti is better. If aku di offer bachelor dan perlu memilih antara matriks, aku tetap akan pilih universiti. Entah, it's in my blood I reckon. Hee hee.
Ketiga, faktor umur, ramai orang cakap, diploma memakan masa yang lama, buat apa nak study lama-lama, nanti dah tua tak de siapa nak maka jadi andartu bla bla bla. Aku suka study. Kalau boleh, study forever pun tak pe. Tak payah kerja. Tapi itulah, study memerlukan duit dan duit tidak boleh ditimba seperti timba air perigi even perigi pun boleh kering even nak timba tu pun perlu usaha. Mungkin sebab aku rasa diploma adalah tidak penat. Penat lah jugak sebenarnya tapi bergantunglah. Pada pandangan aku, if kau masuk matrikulasi, lepastu kau struggle macam orang gila lepas tu fuuu flying colors lepas tu kau ambil degree lepas tu kau struggle lagi dan lagi dan lagi, if major kau adalah engineering maka ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Kau rasa setelah kau struggle macam orang gila dekat matriks tu, kau boleh buat ke time degree? Yep mungkin ada sesetengahnya boleh. But when the ability meets the limit, you'll soon put it both to a cessation. Diploma 3 tahun tu seems like lama gila right? Plus degree 2 tahun dan aku rasa berbaloi. 3 tahun bersamaan dengan 6 semester, aku rasa possibility untuk mendapat first class diploma adalah lebih tinggi daripada nak dapat first class degree yang bersamaan dengan 4 tahun atau lebih tepat 8 semester. Subject lebih kurang je. Jadi bila kau dah ada first class diploma adalah bukan sesuatu yang sukar untuk mendapatkan first class degree dengan 5 sem punya study. Tak gitu? InshaAllah. Jadi, faktor umur tak memberi apa-apa kesan untuk aku berubah fikiran sejak dari last paper SPM.
Hm semuanya teori aku je. Mungkin setengah orang have the ability, mungkin setengah orang can beat their limitation. Tapi aku percaya dengan diri aku. Lantak lah orang nak cakap apa. It's you who cast yourself not the others. Walk in your own shoes not them. Buat apa, buat busuk kaki sendiri je jalan guna kasut orang lain. lol. Well, everyone has their own reasons. Just, believe in yourself. Tak susah pun anyway.
:)