Mr. Morris Lessmore dan Buku Terbang.

Pernah tak korang terfikir macam mana kalau semua benda bukan hidup kat dunia ni, ada kaki dan tangan, ada perasaan, ada akal. Macam mana kalau katil yang korang selalu tidur tu, sebenarnya boleh makan korang sewaktu korang tidur, telan, gigit, kunyah, darah bersepah atas tilam, spring sebagai gigi yang berpusing-pusing dan kenyal tu mencucuk-cucuk korang sampai terpancut-pancut darah. Macam mana kalau kasut tu ada kaki dan kaki dia memakai another kasut dan kaki kepada kasut tersebut memakai kasut tapi kasut tu juga ada kaki. Macam mana plak kalau kipas ceiling korang bernyawa? Bila korang switch terlalu laju, dia akan berpeluh macam manusia yang berlari, bila korang tinggal je kipas tu terpasang maknanya samalah macam korang sedang dalam percubaan membunuh kipas tersebut. 

Apa yang aku cuba nak sampaikan ini ialah, sila tonton video di bawah:


Jadi, nampak tak konsepnya di situ? Samalah macam buku. Buku tu seolah-olah memberi warna kepada manusia, kepada kehidupan manusia. Siapalah kita tanpa buku atau lebih tepat siapalah kita tanpa ilmu.
Samalah macam memori. Memori tu akan lenyap, tak kira lambat atau cepat. Sebab perkara yang bukan kita buat secara kerap akan kekal hanya sekejap dalam otak kita. Contohnya, childhood memories. Adakah kita akan ingat semua benda gila yang kita buat masa kecil dulu? Adakah kita ingat, how we were running free? Kawan-kawan kita, apa yang kita buat dengan mereka. Bukan semuanya kita akan ingat especially cita-cita kita, setiap apa perkataan yang kita luahkan yang pernah menjadi kebanggaan kita dulu. So here i can honestly say that, hanya buku je yang boleh kembalikan memori kita yang hilang. Bila kita baca satu atau dua sentence yang membawa kita kembali kepada memory kita dulu, kepada perkataan kita, azam kita. Mungkin aku je, mungkin bukan orang lain, mungkin seseorang. We will never knew until we read. Aku menyarankan di sini bahawa marilah membaca. 

“A room without books is like a body without a soul.” 
― Marcus Tullius Cicero

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...