Bercakap, bercakap dan bercakap. Manusia tak pernah berhenti
bercakap. Dan saat itu aku terfikir, apa agaknya akan terjadi, apabila dunia
senyap seketika secara serentak? Mungkin saat itu buat orang terfikir akan
kiamat. Atau mungkin malaikat maut lalu disemua tempat. Atau mungkin Israfil
bakal meniup sangkakala sebagai penamat.
Berhentilah bercakap
mohon rasa penat,
aku bukan mahu berlagak biadap
cuma telinga aku dah tenat.
Tenat
untuk sesuatu yang cukup sia-sia.