Tak apa lah.


Kau tak nampak mana perginya dia. Dia selalu lebih jauh daripada kau. Kadangkala kau panggil dia, ‘Hey, aku di sini.’ Kau panggil, lagi dan lagi. Dia tak dengar. Rupanya kau berkata dalam hati, dan ia kekal di situ sehingga dia kata, ‘tak apa lah.’

Kau benci dengan perkataan itu. Kau benci bila kau tak dapat nak nafikan segala kemungkinan dan ketidakpastian dia. Dia mahukan kepastian yang kau tak mampu beri. Kau benci bila kau sendiri tersekat di tengah-tengah, antara ya dan tidak. Kau benci bila kau tak boleh nak jujur dengan diri sendiri. Kau benci bila kau tak reti nak meluah apa yang kau rasa.

Masa depan itu samar-samar. Something yet we all can’t predict so precisely. Kau tak mahu dia berpegang kepada sesuatu yang kau sendiri pun tak pasti. Walaupun ia keluar daripada mulut dan hati kau sendiri.

Kau tahu, ‘tak apa lah’ seolah penamat kepada segala kemungkinan. Cara dia pujuk hati dia. Dia yang dalam dunia dia. Lama. Sehingga tiada ruang untuk kau, masuk. Dia tak beri, atau kau yang tak mahu. Kau tak pasti. Dan akhirnya dia kata, ‘tak apa lah.’

Kau selalu tertanya. ‘tak apalah’ untuk apa? ‘tak apalah’ yang bagaimana? Tapi semuanya tak terlahir bersama suara. Kau mahu dia tahu, kau akan selalu ada. Jangan pergi terlalu jauh. Kau di sini. Baliklah. And tell you everything. You mean every thing. Every particle of everything, every fine pieces of his mind.

Tak apa lah. Biarlah.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...