Secara teknikalnya, aku sudah pun mencecah 21 tahun hari ini. Dan pada mulanya aku tidak lah begitu teruja untuk menyambut kedatangan hari jadi aku yang pada aku adalah sama seperti hari hari biasa, setiap tahun.
Dan aku masih tidak teruja dengan penambahan nombor pada title umur itu sendiri.
Dan mereka masih ada untuk aku. Aku rasa bertuah, tak tipu. Walaupun hanya dengan lafaz ucapan selamat hari jadi, mampu untuk buat aku rasa sangat sangat terharu. Aku sangat sangat hargai semua itu, sungguh.
Dan adalah agak malang apabila pada harijadi kau, kau kena mengadap test dan buku serta kelas seharian.
Dan hanya kerana anxious syndrome melampau yang aku hidapi ketika ini, aku tak boleh nak melelapkan mata. Well hello there insomnia.