Sudah pasti ianya sesuatu yang tidak patut kau pendam andai kau mempunyai seorang sahabat yang menganggap diri kau sahabatnya tetapi tidak pada kau.
Aku tahu aku seorang yang tidak bersyukur bila aku punya seorang kawan yang selalu ajak lepak, tanya tentang kehidupan aku, hari aku, beri hadiah pada setiap hari jadi aku. Tapi itu semua tak berjaya meyakinkan aku bahawa dia adalah kawan baik aku.
Aku tahu aku kejam. Dan aku masih tak tahu kenapa dia masih menganggap aku sebagai kawan baiknya sedangkan aku setiap kali cuba untuk lari daripada dia. Yes we were friends since we were 9 year old. And up until now, aku masih lagi rasa janggal.
Dan untuk menyatakan kebenaran, ianya amat payah. Tambahan pula kau adalah antara orang yang dia sayang. And after all these years, kau baru nak bagitahu dia? I think it is better that I forget about it.
Maybe that it is guilt that I feel. That I never care about her. More than she did.