Membacakan tulisan-tulisan orang membuatkan aku rasa nak menulis. Menulis tentang apa sahaja. Dan keadaan menjadi lebih teruk bila apa yang aku nak tulis tu, berselirat dalam benak. Sebab, rawak. Aku membaca sesuatu yang rawak.
Misalan, tentang makanan. Atau manusia. Apa sahaja, membuatkan aku nak menulis (juga) tentang semua.
Sehingga aku kata, "ApabendaniSarah?!"
Stop. Being. Greedy. One, at a time.
Selalu aku pesan pada diri sendiri. Sekali pada suatu masa. Sebab aku memang terkenal dengan sifat gelojoh. Serbu. Serbu sampai tepu. Dan akhirnya, satu pun tak diselesaikan. Terkandas, terbiar, di tengah jalan. Jenis tak sabar. Dan tak consistent.
Dan akhirnya aku menulis ini. Sesuatu yang tiada punca.