Malu. Malu untuk rasa malu. Malu untuk berhadapan dengan perkara memalukan.
Aku letak tepi semua tu. Orang memperbodohkan kau, kau rasa malu. Kau buat sesuatu yang bodoh tanpa kau sendiri menyedarinya sampai orang mentertawakan kau. Orang ketawakan kau. So what? 5 years from those moments, orang takkan peduli. It may last for a week, or a month. But it won't last forever kan?
Jadi perkara terbaik adalah untuk menidakpedulikan ia. Cuba untuk menjadi diri sendiri seratus persen. Walaupun itu adalah agak mustahil.
Mustahil pada tanggapan aku kerana dalam mencapai kehidupan untuk berasa gembira atas kegembiraan orang lain caranya dengan tidak mengabaikan perasaan orang lain, bukan? Jadi kau takkan dapat jadi diri kau sendiri kerana kau masih mengikat tali-tali pada orang sekeliling kau, pada orang yang kau sayang. Jadi ia mustahil.
Hanya tidak mustahil apabila kau sepenuhnya narcissist. Super narcissist. Self obsession.