Abah berkata pada ketika kami dalam perjalanan pulang ke Melaka, di mana antara saat-saat yang selalu aku tunggu, mempunyai masa bersama berbual dengan Abah, "Kawan sekolah tak sama macam kawan di kolej, waktu diploma."
Pada Abah, kawan sekolahnya lebih rapat berbanding teman-temannya di kolej dulu. Which is really different from me.
Aku treasure kawan kolej aku lebih dari sekolah.
Aku tak terlalu terbuka sewaktu di sekolah. Aku lebih pada sifat bersendirian aku dan bersama circle aku. I took self-awareness very seriously. Berbanding waktu diploma aku. Aku hang-out dengan friends of friends yang selama ni aku tak pernah terfikir nak buat. Sebab aku jenis janggal, shy, socially awkward, and stuff.
Memang betul, manusia berubah. Dan aku cuba mengambil peluang untuk berubah. Untuk meletakkan semua yang selama ini aku takutkan, kepada satu garis, tahap, yang aku dapat terima - apa nak jadi, jadilah.