Berhentilah.


Bercakap, bercakap dan bercakap. Manusia tak pernah berhenti bercakap. Dan saat itu aku terfikir, apa agaknya akan terjadi, apabila dunia senyap seketika secara serentak? Mungkin saat itu buat orang terfikir akan kiamat. Atau mungkin malaikat maut lalu disemua tempat. Atau mungkin Israfil bakal meniup sangkakala sebagai penamat.

Berhentilah bercakap
mohon rasa penat,
aku bukan mahu berlagak biadap
cuma telinga aku dah tenat.

Tenat
untuk sesuatu yang cukup sia-sia.


Kita orang.


Kita senang
orang bimbang.
Kita hening
orang bising.
Kita bahagia
orang berduka.
Kita suka hati
orang dengki.
Kita lapang dada
orang huru hara.

Kita adalah orang
dan orang adalah kita.
Dan manusia
semuanya adalah sama.

Rambang.

Banyak yang nak dikata. Tapi bila tiba depan komputer, semua lenyap seolah otak ini dishutdown sebaik mata merenung pada paparan kosong. Beku, dan bungkam.

Maaf, aku telah mensia-siakan masa sendiri berfikir apa yang hendak ditulis dan mengetuk-ngetuk meja dengan jari.

Biarlah rintik hujan diluar sana yang bersuara.
Barangkali dia datang, mungkin bukan pada masanya.
Tapi harapanku tinggi, dia datang bila aku perlukan dia.
Dia, idea.


Hysteric.


Flow sweetly, hang heavy. You suddenly complete me, you suddenly complete me.

-- Yeah Yeah Yeahs, Hysteric.

Sendiri.

Kita merancang, Tuhan yang menentukan.

Cliche. Mungkin boleh ubah sedikit. Kita cuma mampu mengatur, tapi kalau dah takdir..

Tak kiralah macam mana pun kau cuba larikan perkataan, kalau ia dah membawa makna yang sama, ia akan kekal sebegitu.

Kadang kala aku tertanya, kenapa manusia merancang? Atau mungkin aku sendiri. Kenapa aku merancang?

Aku tak suka bila aku mula mempersoal. Akhirnya jawapan dia akan berpatah balik pada diri sendiri. Aku tanya, aku yang jawab.

Malas mempersoal. Malas nak argue. Malas.

Malas.

Serabut. Serabut kepala bermain dengan perasaan. Apa yang aku nak tulis, semua lari. Andai otak itu adalah insan, mesti beliau sedang mencapai segala perkataan disekeliling. Cuba mengejar abjad yang lari. Sambil berperang dengan hati. Hati kata, 'aku nak yang ni.' Tapi otak pula kata, 'tak boleh, tak boleh. Ini hak aku.'

Hak.

Kalaulah aku boleh jerit saja pada mereka berdua, 'kalian boleh tak berkongsi?'

Haha. Sarah, kau tahu tak kau sedang berada dalam dunia sendiri?

Mangsa.

Kita adalah mangsa.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat DBP, mangsa adalah:
1. binatang yg menjadi korban (ma­kanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu mangsanya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, peni­puan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi mangsa ke-bakaran itu; mereka berdua ialah mangsa Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (se­suatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar mangsa manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: mangsa jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis pemangsa.
Menurut poin kedua, orang yang menjadi korban kemalangan. Kita adalah korban. Korban kepada manusia pencinta dunia. Mangsa pada setiap keadaan yang dicipta, direka oleh manusia durjana.

Kita adalah mangsa kepada sistem.

Pasti, akan ada yang menyangkal. Kerana sistem, sifatnya adalah untuk memudahkan manusia. Itu katanya. Dan sistem sifatnya juga bisa membebankan manusia. Kenapa? Tak puas hati?

Cuba perhatikan, sebuah dunia yang tiada sistem. Pasti, porak peranda. Alam semesta juga dicipta bersistem. Manusia itu sendiri adalah sistem. Diberi otak yang berakal, diberi tangan yang bisa menyentuh, diberi hati yang bisa merasa. Darah mengalir mengikut sistem saluran darah. Kita, adalah sistem. Sistem yang sempurna. Semua orang tahu akan itu. Even aku yang tak ambil biology pun tahu. It's a basic structure of human engineering.

Setiap insan merasa keadaan itu, keadaan menjadi mangsa. Seperti, keadaan terpaksa melakukan sesuatu bukan dengan kehendak kerelaan hati. Terasa terpaksa. Bebanan. Mangsa. Tapi berlainan bila kita merelakan keadaan itu, dalam kata lain ikhlas. Kita bukan mangsa, malah kita adalah raja.

Seperti apa yang Paolo Coelho pernah nyatakan, 'If you act like a victim, you're likely to be treated as one.'

Jadi, jadi lah seorang raja. Ikhlaskan hati. Dan niatkan dalam hati, setiap apa yang kita lakukan hari ini dan hari mendatang, adalah ibadah. Tiada apa yang sukar, jalan yang sudah terpapar, bukan untuk kita perhati jauh dari dalam sangkar.
Setiap pekerjaan adalah ibadat. Apa pun yang kita lakukan, biarlah ke jalan Allah Ta'ala.
Z.A , BMT

p.s: selamat menjadi raja kepada final exam, student diploma dalam negara.

Pilihan.

September menjengah lagi. September yang ke duapuluh mungkin. Mungkin September yang terakhir. Ah, pedulikan. Aku bukan nak berhikayat tentang September yang datang dan pergi.


Aku benci pada pilihan. Pada perkara yang perlu dipilih. Yang akan membawa kau ke suatu jalan yang lain. Macam mana, hanya dengan satu pilihan boleh membawa kepada satu jalan cerita atau arah yang sangat lain? Oleh dua lorong yang terpisah membawa kepada dua pengakhiran yang berbeza? Perbezaan yang total.

Ajaib.

Tapi itu yang berlaku. Aku membayangkan kehidupan tanpa perlu ada pilihan. Semuanya telah ditentukan. Bak puteri. Yang hidupnya bangun pagi, sarapan telah disediakan tanpa perlu dia memilih atau berfikir apa santapannya pada pagi itu, busana yang telah ditentukan dan hanya perlu dipakai, dan jadual-jadual harian yang telah disediakan hanya perlu dilaksanakan. Dan ia berputar, pada putaran yang sama. Indah.

Lalu akan ada yang menyangkal. Takkan selamanya kau nak hidup seperti robot? Yang hanya mengikut pada telunjuk, mematuh pada yang disuruh? Kehidupan adalah kebebasan. Kebebasan memilih.

Kalau memilih pada kesilapan, kenapa susahkan jiwa untuk buat pilihan?

Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Aku takut pada pengakhiran. Pengakhiran adalah kematian. Dan kematian bukan pilihan. Dan aku bukan berkata tentang kematian, tetapi pengakhiran kepada kesilapan. Kesilapan membuat pilihan. Gagal. Keputusan bukan seperti yang diharapkan.

Aku fikir, jika tiada pilihan, maka tidak akan ada keputusan, dan tidak akan ada kesilapan. Ah, sulit. Aku mahu bermimpi lagi.


Tangga kemanusiaan.

Dulu, aku pernah belajar dalam subject Etika Professional, yang manusia ni bertindak mengikut peringkat-peringkat. Di mana waktu dia dekat peringkat pertama, dia akan turut apa sahaja yang orang suruh kerana takut akan hukuman. Peringkat kedua pulak, dia menurut jugak tapi dia dah boleh  berfikir dan mula melanggar hukum-hukum atau buat tak tahu dengan peraturan dan undang-undang. Tapi bila sampai tahap ketiga, manusia akan mula menyangkal segala apa yang boleh. Cuba untuk menegakkan idea-idea mereka sendiri, cuba untuk memperjuang dan mempersoal segala macam benda dengan tidak mengambil kira dengan segala apa yang pernah dia takutkan dulu. Tapi bila dia dalam peringkat yang keempat, dia akan mula memahami sedikit demi sedikit, ego dia akan mula jatuh tunduk dan dia akan mula menerima kehidupan, mengambil kira akal dan behavior manusia sekeliling. Dia mula menerima dirinya dan kehidupannya. Sebab dia tahu, dia tak kuat. Dia akan mati akhirnya.

Aku sekarang berada pada stage ketiga. Bila ego dan emosi mula merajai diri. Sampai kadang-kadang, aku takut, nak menghadapi diri sendiri.

Tuhan, tolong aku.

Words.



Latha,  Wait For Your Time.

Sebati.

Seandainya sekeping hati itu, terlalu kerap dilukai, adakah ia akan mati? Mati seperti anak kecil yang acapkali dipukul? Mati seperti pokok yang sering ditoreh?






Aku tanya diri aku.
Aku nampak jawapannya satu.
Jangan ada hati, kalau tak nak disakiti.

Hati tak akan mungkin mati, selagi jasad dan jiwa masih sebati.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...