Tak apa lah.


Kau tak nampak mana perginya dia. Dia selalu lebih jauh daripada kau. Kadangkala kau panggil dia, ‘Hey, aku di sini.’ Kau panggil, lagi dan lagi. Dia tak dengar. Rupanya kau berkata dalam hati, dan ia kekal di situ sehingga dia kata, ‘tak apa lah.’

Kau benci dengan perkataan itu. Kau benci bila kau tak dapat nak nafikan segala kemungkinan dan ketidakpastian dia. Dia mahukan kepastian yang kau tak mampu beri. Kau benci bila kau sendiri tersekat di tengah-tengah, antara ya dan tidak. Kau benci bila kau tak boleh nak jujur dengan diri sendiri. Kau benci bila kau tak reti nak meluah apa yang kau rasa.

Masa depan itu samar-samar. Something yet we all can’t predict so precisely. Kau tak mahu dia berpegang kepada sesuatu yang kau sendiri pun tak pasti. Walaupun ia keluar daripada mulut dan hati kau sendiri.

Kau tahu, ‘tak apa lah’ seolah penamat kepada segala kemungkinan. Cara dia pujuk hati dia. Dia yang dalam dunia dia. Lama. Sehingga tiada ruang untuk kau, masuk. Dia tak beri, atau kau yang tak mahu. Kau tak pasti. Dan akhirnya dia kata, ‘tak apa lah.’

Kau selalu tertanya. ‘tak apalah’ untuk apa? ‘tak apalah’ yang bagaimana? Tapi semuanya tak terlahir bersama suara. Kau mahu dia tahu, kau akan selalu ada. Jangan pergi terlalu jauh. Kau di sini. Baliklah. And tell you everything. You mean every thing. Every particle of everything, every fine pieces of his mind.

Tak apa lah. Biarlah.
sangat tak produktif.
tak tahu sampai bila aku nak macam ni.
aku nak sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa.
I guess people are all like that.
At least there is, someone.
Well at least dia pun dah tahu apa yang dia nak.
Well at least dia dah nampak.
Well at least...
Nothing is least.
I need to get out from this house.
berhenti memerap. 
berhenti bermain dengan inappropriate thoughts. 
berhenti bergantung kepada emosi.
berhenti mencari salah sendiri.
This circular motions need to stop somewhere.
sampai bila, nak berperang dengan perasaan. nak menyendiri?

Dialog dalam monolog.

You've killed yourself with inappropriate thoughts. Don't be such a pathetic.

'I know. I'm used to it now. Say what you want. It won't make me feel any better.'

I'm not here to make you feel better. Or worst.

'Whatever.'

Kau fikir apa?

'... I don't know. Aku nak lari. Berlari atas awan. Atau berbaring atasnya, memandang angkasa. Yang pasti, bukan atas tanah.'


Tak mengapa.
Kau dah sampai pun.

Perspective.

Aku bukak tutup komputer.
Nampaknya aku silap. Rasa ni masih ada. Macam mana orang kata, tidur boleh membuatkan kita lupa tentang sesuatu perkara atau sekurangnya rasa itu akan pergi. Bullshit.

Yang kau pergi percaya, kenapa?

Pedulikan. Pernah aku buat entry tentang addiction suatu ketika dahulu. Bukan di sini yang pasti, tak usahlah kau cari. Dan aku terbaca satu pendapat yang mengatakan bahawa beliau tidak nampak the addiction of caffeine that mostly people uttered about. People like me.


Aku mengaku yang aku memang addicted to it. Tea too. And by addiction, as for me, it's like drug. Every time you have it, it feels like the first time you had it. Bukankah itu ketagihan is all about?

Tetapi menurut pandangan dia, atau mereka, melakukan sesuatu yang sama berulangkali dan pada setiap hari, menyebabkan value of having those things done, fades away. seolah, people drink it because they stated to themselves that they have already addicted to it so they have to do it even without the value and whatsoever. seolah, mengambil caffeine semacam minum air kosong. Air kosong pun ada value sendiri especially after you've lost lots of liquid in you.

Bukan pada aku. Ianya memang seolah seperti dadah. Walaupun aku tak pernah ambil najis tu. Seperti merokok. Aku tahu, merokok itu sesuatu yang addicting bukan? Samalah macam penyakit nak membeli buku. Beli, tapi dekat rak bertimbun lagi yang tak habis baca. You've the eagerness to read or want to keep it, you want to read them, but you need yourself time to other things which make you can't and you don't live only with your books.

Itu hanyalah contoh. Mungkin ada kaitan dengan yang masih menjalani hari hari mereka sebagai seorang mortal atau immortal.

Wait, did I just say penyakit?

Berlari.

Ada masa yang aku rasa aku terlalu penat dengan kata-kata. Aku baca sesuatu yang berpotensi membawa diri ke lembah depresi, sampai kadang-kadang parasnya semakin dalam. Aku tertanya sendiri, bilakah ia akan berakhir? Seolah tak peduli pada lantai keras yang bisa buat aku parah andai tubuh ini terhempas.

Aku berfikir. Dan aku penat, letih, capek, lelah, sesak, serabut. Bukan aku yang minta. Aku jadi takut, dengan diri sendiri. Dengan orang di sekeliling aku. I am that pathetic, when I start talking to myself.

Aku tertanya lagi, wujudkah Jill dalam hidup aku?

Aku mahu seseorang seperti Jill, sungguh. Namun dalam masa yang sama aku tak mahu mengiktiraf diri aku sebegitu sunyi sehingga rakan imaginasi menjadi realiti. Cukuplah dulu aku dikatakan suka bercakap seorang diri oleh mak. Aku tak ingat.

Aku suka melihat gelagat manusia. It's fascinating. Maybe that's the reason why I love it when people come to me just to express themselves. Tak mengapa. Carilah aku. Cari selagi boleh. Sebab perasaan diperlukan itu, sekurang-kurangnya tak trigger akal aku bahawa aku sebenarnya tiada siapa-siapa. Kerana saat itu, minda durjana bakal membawa aku jauh dari realiti.

Question sucks.

Oh.
I need my book.

Berhentilah.


Bercakap, bercakap dan bercakap. Manusia tak pernah berhenti bercakap. Dan saat itu aku terfikir, apa agaknya akan terjadi, apabila dunia senyap seketika secara serentak? Mungkin saat itu buat orang terfikir akan kiamat. Atau mungkin malaikat maut lalu disemua tempat. Atau mungkin Israfil bakal meniup sangkakala sebagai penamat.

Berhentilah bercakap
mohon rasa penat,
aku bukan mahu berlagak biadap
cuma telinga aku dah tenat.

Tenat
untuk sesuatu yang cukup sia-sia.


Kita orang.


Kita senang
orang bimbang.
Kita hening
orang bising.
Kita bahagia
orang berduka.
Kita suka hati
orang dengki.
Kita lapang dada
orang huru hara.

Kita adalah orang
dan orang adalah kita.
Dan manusia
semuanya adalah sama.

Rambang.

Banyak yang nak dikata. Tapi bila tiba depan komputer, semua lenyap seolah otak ini dishutdown sebaik mata merenung pada paparan kosong. Beku, dan bungkam.

Maaf, aku telah mensia-siakan masa sendiri berfikir apa yang hendak ditulis dan mengetuk-ngetuk meja dengan jari.

Biarlah rintik hujan diluar sana yang bersuara.
Barangkali dia datang, mungkin bukan pada masanya.
Tapi harapanku tinggi, dia datang bila aku perlukan dia.
Dia, idea.


Hysteric.


Flow sweetly, hang heavy. You suddenly complete me, you suddenly complete me.

-- Yeah Yeah Yeahs, Hysteric.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...