Cheesy as it seems.

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku gapai bintang
Dari langit untuk mu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba

Persetan.
I forgot the lyrics. As well as those promises.

Perkara #2.

Malu. Malu untuk rasa malu. Malu untuk berhadapan dengan perkara memalukan.
Aku letak tepi semua tu. Orang memperbodohkan kau, kau rasa malu. Kau buat sesuatu yang bodoh tanpa kau sendiri menyedarinya sampai orang mentertawakan kau. Orang ketawakan kau. So what? 5 years from those moments, orang takkan peduli. It may last for a week, or a month. But it won't last forever kan?

Jadi perkara terbaik adalah untuk menidakpedulikan ia. Cuba untuk menjadi diri sendiri seratus persen. Walaupun itu adalah agak mustahil.

Mustahil pada tanggapan aku kerana dalam mencapai kehidupan untuk berasa gembira atas kegembiraan orang lain caranya dengan tidak mengabaikan perasaan orang lain, bukan? Jadi kau takkan dapat jadi diri kau sendiri kerana kau masih mengikat tali-tali pada orang sekeliling kau, pada orang yang kau sayang. Jadi ia mustahil.

Hanya tidak mustahil apabila kau sepenuhnya narcissist. Super narcissist. Self obsession.

Perkara.

Abah berkata pada ketika kami dalam perjalanan pulang ke Melaka, di mana antara saat-saat yang selalu aku tunggu, mempunyai masa bersama berbual dengan Abah, "Kawan sekolah tak sama macam kawan di kolej, waktu diploma."

Pada Abah, kawan sekolahnya lebih rapat berbanding teman-temannya di kolej dulu. Which is really different from me.

Aku treasure kawan kolej aku lebih dari sekolah.

Aku tak terlalu terbuka sewaktu di sekolah. Aku lebih pada sifat bersendirian aku dan bersama circle aku. I took self-awareness very seriously. Berbanding waktu diploma aku. Aku hang-out dengan friends of friends yang selama ni aku tak pernah terfikir nak buat. Sebab aku jenis janggal, shy, socially awkward, and stuff.

Memang betul, manusia berubah. Dan aku cuba mengambil peluang untuk berubah. Untuk meletakkan semua yang selama ini aku takutkan, kepada satu garis, tahap, yang aku dapat terima - apa nak jadi, jadilah.

Rawak.

Membacakan tulisan-tulisan orang membuatkan aku rasa nak menulis. Menulis tentang apa sahaja. Dan keadaan menjadi lebih teruk bila apa yang aku nak tulis tu, berselirat dalam benak. Sebab, rawak. Aku membaca sesuatu yang rawak.

Misalan, tentang makanan. Atau manusia. Apa sahaja, membuatkan aku nak menulis (juga) tentang semua.

Sehingga aku kata, "ApabendaniSarah?!"

Stop. Being. Greedy. One, at a time.

Selalu aku pesan pada diri sendiri. Sekali pada suatu masa. Sebab aku memang terkenal dengan sifat gelojoh. Serbu. Serbu sampai tepu. Dan akhirnya, satu pun tak diselesaikan. Terkandas, terbiar, di tengah jalan. Jenis tak sabar. Dan tak consistent.

Dan akhirnya aku menulis ini. Sesuatu yang tiada punca.

Life's a journey, of a messed up traveller.

Kawan.

Dan aku rasa bertuah, mempunyai mereka yang unik, yang pada tanggapan masyarakat, pelik. Kerana sifat mereka, kerana kejanggalan mereka, pada mereka mendefinisikan sesuatu perkara, pada cara pemikiran mereka. Seolah hampir kesemuanya, bikin aku kagum.

Kawan. Definisinya memang luas.

There.

There are days
Like this day
When I feel like doing everything I love doing it
Travelling
Rereading favourites
Eating fruits
Cycling
Breathing the after rain air
Listening to good music
Laughing with loved ones
Drawing
Coffees and teas
Beach hanging
Or just drive
And stuff.

Bliss
And blessed.

Fear.

Aku takut pada saat aku berhenti untuk menulis. Takut pada saat untuk aku meluah. Takut pada saat aku berhenti untuk berfikir. Takut pada saat aku berhenti untuk membaca.

Ia cuna fasa. Fasa-fasa yang dah aku lalui, sedang dan bakal aku lalui. Dan aku akan melalui fasa di mana aku akan perlahan-lahan menjauhi penulisan dan terus lenyap.

Sama. Seperti. Mereka.

Sweet nothing.

"Kita suka awak sebab awak cool."

"Awak sporting. Awak suka tolong member. Awak suka jadi diri awak. Awak tak pretentious. Awak suka tengok orang happy. Awak penyayang. Awak suka dahulukan orang dulu, fikir pasal orang dulu."

"And awak kuat :)"

"Really."

"It's too long for a list I'm afraid it would go on forever."

"You're not like others I've met seriously."

"Can i cry?"

"I miss yr shoulder."

"I miss to cry on yr shoulder."

"I've never cried in front of anybody as much as I cried in front of you."

"In fact I don't even remember if I ever cried in front of anyone."

"Except you."

I think I've grown up,
    to be a sweet talker.

no

on this platform, trying to release everything that has been going inside my head today. i always find myself being okay with everything and...